Thursday 17 April 2014

Izinkan Aku

Izinkan aku memelukmu erat,
Izinkan aku memegang jemarimu.
Izinkan aku menyeka butir-butir mutiara yang jatuh membasahi pipimu itu,
Izinkan aku mendengar setiap keluhanmu,
Izinkan aku menjadi bahu untuk kau tangisi kala kau bersedih.
Izinkan aku mendampingimu,
menjadi teman kala susah mahupun senang.
Izinkan aku memasuki hatimu sebagaimana kau telah pun memasuki
hatiku.
Aku ingin kau tahu betapa aku menyukai,
Betapa aku mulai jatuh cinta padamu.
Aku mahu kau tahu betapa hati ini membuak-buak
dengan perasaan cinta dan sayang.
Izinkan aku mengapai tanganmu kala kau hampir terjatuh.
Sambutlah huluran tanganku,
Usah kau ragu.
Aku akan tetap di sisimu.
Aku ingin sentiasa bersama kamu,
sungguh andai dua jasad terpisah ribuan batu.
Aku mahu kau tahu, aku sentiasa di sisimu.
Akanku utus surat rindu buatmu saban waktu.
takkan pernah aku biarkan kau sendiri tanpa aku di sisi.
Izinkan aku menjadikan kau ratu hatiku...



p/s baca dengan lagu Sadness and Sorrow - Toshiro Masuda

Wednesday 9 April 2014

Tanpa Tajuk

saban malam aku terkenangkan kamu,
terkenang kelunakan suaramu.
terkenangkan manis senyumanmu.
sungguh kita tak pernah bersua muka,
tidak pernah mata bertemu mata.
namun aku tenang sama kamu.
berbual sama kamu,
berbicara sama kamu.
bagaimana kamu mampu membuatkan ku
tersenyum sendiri.
kala jasad kita terpisah ribuan batu,
namun hati ku terasa kau dekat disisiku.
aku mahu kamu.
aku mahu kita bersatu.
dua jiwa menjadi satu.
tanpa ada rasa sangsi.



*p/s cuba sampaikan coretan ini dengan lagu Bleach OST - 19 -Shiro Sagisu - Neverland