Wednesday 29 January 2014

Hi... Bye...

Tiap satu perjumpaan itu akhirnya sentiasa dengan perpisahan. 
Ingatlah sahabat tika kali pertama kita bertemu. 
Ketika kita mula mengungkap ucap "Hi..." 
Tika kita mula menyatakan nama. 
Di situ mula satu perjumpaan. 
Di situ mula satu persahabatan. 
Persahabatan kita bermula dengan ungkapan "HI...", bergaduh, bermasam muka, mengadu domba, semuanya menjadi ragam seharian. 
Namun kita, SAHABAT tetap utuh atas ikatan yang tulus.
Mungkin kelak kita kan terpisah namun perlu diingat sentiasa tersemat
bahawa kau, aku dan kalian adalah sahabat.
Tidak pernah terpisah walau jarak beribu batu, walau jasad tak bersatu,
namun hati kita tetap satu.
Sahabat, esok, lusa kita mungkin tak ketemu.
Selepas ini masing-masing bawa haluan sendiri.
Aku di sini, kau di situ, kalian di sana.
Namun kita tetap satu.
Ingat saat-saat manis bersama,
saat kita mula mengenal dunia.
Saat kita bergelak tertawa,
saat kita teresak menangisi masa.
Setiap perjumpaan itu pasti ada perpisahan.
Cukuplah sekadar berpisah zahir bukannya terpisah batin.

p/s coretan ini untuk setiap sahabat, teman, kawan, taulan dan sesiapa yang mengenali diri. terutama untuk rakan2 ARTO, ACS, SKMS, Parkson, UiTM Melaka dan Perak. teman2 ku semua, ini untuk kalian.... 

CATATAN MARHAEN II (Suatu pengamatan)

CATATAN MARHAEN II (Suatu pengamatan)


Aku sedih kala melihat keratan akhbar bebaru ini. Betapa susahnya sesetengah golongan hingga mahu membayar yuran hanya menggunakan duit syiling. Aku bertambah sedih dan sebak melihat kegembiraan adik itu kala dapat ke kelas. Aku sebak kerna aku kira apa hak kita untuk menghalang seseorang itu untuk mendapat pendidikan. Betapa sedih dan pilu hatiku ini bila melihat atuk tua itu mengira duit syiling sejumlah RM60. Betapa pilu ati ini mendengar dan membaca kisah atuk dan cucunya. 


Persoalannya kenapa perkara ini perlu berlaku? Tidakkah ada mana-mana pihak yang mahu menghulurkan bantuan? Takkan kerna RM60 itu kita perlu melihat si cucu itu menangis teresak-esak kala anak-anak sebayanya bergembira di hari pertama persekolahan? Tidakkan sekolah itu mempunyai bantuan dana berupa zakat untuk anak kecil yang kurang berkemampuan? Dimanakah wakil rakyat kepada atuk dan cucunya? Mungkin kisah-kisah seperti ini agak terpinggir namun ianya tetap ada. Dan saban hari ramai lagi yang mempunyai nasib serupa cuma atuk dan cucunya bertuah kerna masih ada lagi insan yang sudi menonjolkan cerita mereka untuk mendapatkan respon pihak sepatutnya. Janganlah digadaikan nasib rakyat kerna hendak bermahligai jutaan ringgit. Janganlah digadaikan nasib rakyat kerna  hndak bertas tangan jutaan ringgit. Janganlah digadaikan hak rakyat demi tanah berhektar-hektar. Bantulah rakyat. Selamilah jiwa dan perasaan mereka. Usahlah dinaikkan harga barangan keperluan lagi. Usah dinaikkan lagi harga petrol. Turunkanlah ia. Turunkanlah semua harga barangan keperluan. Kasihanlah rakyat jelata yang rata-ratanya masih hidup susah

Catatan Marhaen

Catatan ini untuk renungan bersama bukan mengadu domba cuma hendak bercerita. Cerita kami rakyat marhaen.


Wahai tuan, tuan, puan, puan, berjawatan wakil rakyat.
Tolonglah kami rakyat jelata. 
Sedarilah kalian maksud wakil rakyat. 
Jawatan kalian itu bertujuan mewakilkan kami, rakyat. 
Bantulah kami, janganlah ditindas kami. 
"Rakyat didahulukan" satu slogan yang diuar-uarkan saban waktu.
Propaganda ini diceritakan saban hari menjadi halwa telinga kami. 
Rakyat hanya mendengar, menerima dengan gembira. 
Harga takkan dinaikkan. 
Harga akan diturunkan. 
Namun kini kulihat harga itu naik, harga ini naik. 
Di mana janjimu wahai wakil rakyat? 
Dimanakah hak kami sebagai rakyat yang memilih kalian untuk mewakilkan kami, menolong kami, memastikan kami sejahtera? 
Wahai wakil rakyat sekalian, aku disini tidak menjurus kepada satu-satu parti sebaliknya ku tegaskan kembali ini buat semua WAKIL RAKYAT!
Bantulah kami.
Bantulah kami golongan marhaen.
Usah lihat hanya perut kalian.
Lihatlah perut kami; rakyat jelata. 
Usah dibiarkan perut kalian buncit.
Usah dibiar perut keluarga kalian buncit.
Usah dibiarkan perut kroni kalian buncit.
Lihatlah perut kami, kekadang ada yang terisi, kekadang ada yang tak terisi.
Lihatlah golongan gelandangan. 
Mereka tidur beratapkan langit kelam, berdindingkan papan. 
Lihatlah keadaan sekeliling, turun dan lawatlah kami.
Datang sendirian usah dibawa rombongan hingga puluhan hanya untuk menjaga kalian.
Turunlah, lihatlah kami, bagaimana cara kami hidup dalam keadaan sara hidup makin tinggi, harga itu naik, harga ini naik mencanak-canak. 
Bantulah kami janganlah ditindas lagi. 
Izinkan anak-anak kami hidup dalam keselesaan bukan dalam kemelesetan. 
Izinkan anak-anak kami mampu belajar dengan aman.
Usah disekat hak kami dek kerana kerakusan, ketaksuban kalian mengejar kuasa dan harta. 
Wahai wakil rakyat sekalian, aku hanyalah insan biasa, hanya bisa berbicara menggunakan pena tiada kuasa seperi kalian. 
Namun aku fikir harus untukku menegur dn meningkah kekadang kelakuan dan tindakan kalian salah. 
Aku tidak punya kuasa seperti kalian.
Kalau ada insyaALLAH akanku cuba sedaya mampu untuk mngubah keadaan.
Gunakanlah kuasa yang dipinjamkan buat kalian. 
Bantulah kami rakyat yang mewakilkan diri kami di tangan kalian. 
Usah perjudikan nasib kami demi kepentingan dan ideologi peribadi kalian. 
Bantulah kami.
Dengarlah rintihan kami.
Tolonglah kami...


p/s ditulis kala si Kura di dalam keretapi menuju ke Tampin/Pulau Sebang... Terbaca satu artikel dalam akhbar yang ditulis seorang rakyat tentang keperitan hidup beliau sekeluarga sebagai golongan bergaji RM900. tidak menunding jari pada mana2 pihak. bak pepatah Melayu, "Sapa makan cili, dia terasa pedasnya." 

sekian terima kasih. WASSALAMUALAIKUM WBT.