Sunday 30 December 2012

MERDEKA!!! Merdeka FIZIKAL dan BUKANNYA rohani

Ya kita sudah 55 tahun,
mengecapi kemerdekaan!
Namun sebenarnya 55 tahun itu,
hanyalah suatu ilusi.
Kita belum merdeka lagi.
Kita belum merdeka dari sudut
fikiran dan mentaliti.
Kita masih dijajah pemikiran
sang sosialis!
Pemikiran kita dijajah
sang KAPITALIS.
MERDEKA!!!
Ya kita sudah merdeka!
Hanya dari sudut fizikaliti,
dan bukannya rohani...

Friday 28 December 2012

LUAHAN HATI


Saat ini aku terkenang akan perbualan kita malam itu. Malam keramat saat aku meluahkan perasaanku padamu. Sungguh bukan pertama kali tetapi ianya kali pertama aku meluahkan perasaanku kepadamu empat mata. Bukankah saat aku meluahkan rasa hati ini, kau berkata padaku
           
            “Maafkan aku andai jawapanku melukakan hatimu. Maafkan aku kerana aku belum bersedia lagi untuk bercinta. Aku menghargai perasaan kau terhadapku namun aku tak mampu untuk bercinta lagi. Terlalu banyak pahit manis yang aku harungi sebelum ini. Aku tak sanggup untuk terluka lagi.”

Aku hanya mengangguk, mengerti setiap makna kata-katamu. Saat iu aku hanya memandang tepat wajahmu.

            “Aku mengerti. Aku hanya meluahkan sahaja. Tidak pula bermakna aku memaksa kau untuk menerima cintaku ini. Aku hanya takut aku tak kesampaian untuk meluahkannya kelak. Takut apa-apa terjadi padaku. Lagipun ALLAH jua yang menentukan ajal maut. Jodoh pertemuan. Jadi aku bersedia. Aku juga tahu kau takut untuk menerimaku kan?”

            “Benar, aku takut sebenarnya. Kerana sebelum ini, kau kata kau sukakan gadis itu. Kau siap menyuruhku mendekati gadis itu untuk kau. Aku tak tahu. Aku terasa seolah-olah dipermainkan. Aku rasa...”

Aku meletakkan jari telunjukku di bibir mungilnya.

            “Aku memang mengaku aku menyukai gadis itu, namun aku lebih menyukai kau. Aku minta maaf jika kau terasa. Saat itu apa yang aku lakukan hanyalah naluri seorang lelaki, yang pantang melihat gadis yang manis. Ingin sahaja aku mendampinginya. Kemudian setelah lama berkawan dan mulai rapat denganmu, baru kusedar perasaanku ini. Perasaan yang muncul kala kau tiada depan mataku. Aku berasa rindu akan dirimu. Aku terasa aku kehilangan sesuatu.” Mendiamkan diri sebentar, seketika kemudian aku menyambung kembali, “Aku terasa terpukul kala kau rapat dengan lelaki itu. Aku mulai sedar, aku harus luahkannya. Bak pepatah Inggeris 'It's now or never.” Aku akui aku ni pengecut. Tak sanggup berdepan empat mata denganmu. Aku hanya mampu coretkan perasaanku di atas sehelai kertas kajang lalu kuberi padamu untuk kau baca. Tapi itulah diriku. Aku tak sanggup dan aku takut kalau-kalau aku tersalah kata. Aku takut kau akan nampak kelemahan diriku ini. Seorang yang tak berkeyakinan tinggi dan lemah semangatnya. Aku takut aku akan ditertawakan oleh kau. Tetapi jika aku menyusun setiap bait kata, melahirkan sesuatu yang puitis dan gramatis mungkin mampu membuatkan kau terpaku.”

Kau seolah-olah ragu dengan kejujuran hatiku. Kau menanyakan sesuatu kepadaku. Sesuatu yang tak sangka akan terluncur keluar darimu.
           
            “Kau sukakan aku bagaimana? Sejauh mana kau sukakan aku? Sedangkan kau pernah luahkan rasa sukamu itu kepada gadis yang satu lagi. Kini kau luahkannya pula kepadaku.”

Aku menarik nafas dalam. Memikirkan setiap bait-bait kata yang perlu aku susun bagi menzahirkan rasa hati ini.

            “Aku pernah berkata aku sukakan gadis itu. Tetapi sukaku bukan seperti aku sukakan kau. Aku hanya suka-suka kawan pada gadis itu, tetapi dengan kau berbeza. Aku suka-suka kasih padamu.”

            “Bagaimana suka-suka kasih itu? Aku tak memahami maksud disebalik ayat puitismu itu.”

            “Aku mengerti. Lagipun suka-suka kasih tu baru sahaja aku ciptakan sebentar tadi.”
Kau dan aku tertawa. Aduh, sungguh menawan gelak tawamu itu. Jujur kukatakan meruntun setiap jiwa yang melihatnya.     

            “Suka-suka kasih. Aku terbawa-bawa kau dalam mimpiku. Bukan satu malam tetapi lima malam berturut-turut. Aku mohon petunjuk dari Ilahi. Aku berdoa pada-Nya jika benar kau gadis terbaik untuk diriku, kau zahirkanlah dirinya dalam mimpiku malam ini. Dan sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Besar lagi Maha Agung, kau datang dalam mimpiku. Bukan semalam tetapi lima malam. Maka aku yakinlah bahawa kau yang terbaik untuk diriku. Itulah ertinya suka-suka kasih. Bukannya suka-suka biasa. Kalau suka-suka biasa takkan aku pohon pada Yang Maha Kuasa diberi petunjuk kepadaku. Tetapi kerana aku serius dengan kau. Aku tak memaksa kau menerima aku. Aku tak mampu memaksamu. Luahan hati ini hanya bertujuan untuk menjelaskan keinginan hati ini.”

Aku lihat pipimu merona merah. Matamu seperti berkaca. Lantas aku berkata. “Janganlah kau menangis. Aku berjanji aku takkan membuatmu menangis. Aku disini hanya untuk mengembirakan kau. Jangan menangis.”

Kau diam. Hanya memandang tepat ke arahku. Pandangan mata beginilah yang membuatkan aku cair. Yang menyebabkan hati ini cair.

            “Sekali lagi aku mohon maaf padamu. Aku belum bersedia dan aku berharap jawapanku ini takkan mengubah cara layanan kau terhadapku. Sekarang aku belum bersedia lagi. Aku masih memerlukan dirimu sebagai sahabatku.”

Aku hanya mengangguk tanda faham. Aku tak memaksa pun. Tetapi sekadar ingin memberitahu.

            “Kau marahkan aku?” tanyanya sambil memandang aku.

Aku menggeleng kemudian aku menguntumkan senyuman padanya.
           
            “Jangan risau. Layanan aku kepadamu tetap takkan berubah. Bila-bila kau perlukan aku, bagitahu sahaja. Aku akan cuba menolongmu selagi mana aku mampu. Itu janjiku. Aku takkan benarkan kau menderita. Akanku cuba bahagiakan dirimu walaupun dalam proses membuatkan kau tersenyum itu menyebabkan aku terluka. Akanku lakukan jua. Asalkan aku dapat melihat kau berbahagia. Jika apa yang membuatkan kau bahagia menyebabkan aku terluka tetapi demi kau gadis yang aku cintai sepenuh jiwa ini, tetap aku akan harungi. Akanku tetap tersenyum padamu sungguhpun aku terluka. Aku takkan benarkan kau bersedih sayang. Aku tak sanggup buat kau terluka... aku akan terus cuba membahagiakan dirimu.”

            “Hatimu sungguh murni. Alangkah indahnya kalau kala ini hatiku terbuka untukmu. Aku mohon maaf sekali lagi. Tapi aku hendak tanyakan sesuatu padamu. Boleh?”

            “Tanyalah. Akanku jawab jika aku mampu.”

            “Sanggup kau tunggu aku? Walaupun tempoh menunggu itu terlalu lama? Sanggupkah kau hadapi setiap saat untuk menungguku?”

            “Akan kutunggu. Sebab aku pasti kau adalah untukku. Tak kira beberapa lama sekalipun sebab jika ALLAH SWT kata kau untukku dan aku untukmu kita tetap akan bersama samada sekarang ataupun kelak. Jadi aku akan tetap menunggumu.”

            “Terima kasih.”
Malam itu semuanya berjalan lancar. Tetapi selang beberapa hari kau mulai berubah. Lagakmu seolah-olah tidak mempedulikan diriku. Aku mengirimkan mesej namun kau tak membalasnya. Pabila berbual terasa seperti ada jurang yang besar dan dalam antara kita. Kenapa? Bukankah kau yang menyuruhku untuk tidak menrubah cara layananku kepadamu. Tetapi kenapa seolah-olah kau yang berubah kini? Kau tidak mempedulikan kewujudan aku. Kau ibarat menolak kehadiran aku dalam hidupmu. Aku sedih dilakukan begini. Aku terasa dengan tindakanmu. Adakah kau ingin menolakku? Adakah kau ingin aku pergi dari hidupmu? Adakah kau ingin menolakku jauh-jauh dari hidupmu, dari bayangmu? Aku terasa tersisih. Aku selama ini ikhlas menolongmu. Tetapi kenapa kau buat aku begini? Rakan karibku yang telah kuanggap abangku mengatakan kepadaku sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku terjaga dari lamunan.

            “Kenapa kau bersikap begini? Kenapa klau terus menjadi dungu? Kenapa kau menjadi buta dan tuli? Kau tak nampak apa yang terjadi?”

            “Kenapa? Kenapa kau mengatakan begitu?”

            “Sebab kau bodoh! Kau membiarkan dirimu diperbodoh-bodohkan. Kau biarkan dirimu dipergunakan dan diperkotak-katikkan. Kau memperhambakan dirimu hanya untuk dia? Gadis itu? Sedangkan ada banyak gadis lagi yang layak untuk dirimu yang mulia ini. Kau terlalu baik untuk dia.”

Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Aku menunduk memandang kearah lantai sahaja. Mendiamkan diri, cuba untuk mencernakan segala maklumat yang diterima.

            “Aku kesiankan dirimu. Dia tak sedar betapa ruginya dia melepaskan kau pergi. Kau terlalu istimewa untuknya. Aku sarankan kau tinggalkan dia. Berhenti dari memperhambakan dirimu kepada gadis itu. Berhenti memperhambakan diri untuk cinta yang tak pasti. Bukan untuk cinta yang takkan kunjung tiba darinya. Kau perlu sedar sekarang sahabat.” Terdiam seketika. “Aku anggap kau macam adikku sendiri dan aku tak sanggup melihat adik yang aku sayangi terluka dan menderita. Carilah gadis lain. Dalam dunia ini bukan dia seorang sahaja bidadari. Terlalu banyak lagi bidadari yang bersedia mendampingimu.”

            “Tapi aku tak mampu. Aku terlalu mencintainya. Aku dah cuba tetapi setiap gadis yang aku jumpa tak mempunyai ciri-ciri yang aku nak. Ciri-ciri tu semua terkumpul pada dirinya.

CERITERA CHENTA KU


HI SAYANG? (BAB 1)

Iskandar kelihatan amat runsing sekali. aku sebagai salah seorang rakan baiknya segera mendapatkannya. "Is kau ok tak ni?" Iskandar mengalihkan pandangannya dari monitor komputernya, "Aku ada masalahlah. Masalah dengan Natasha." Aku mengeluh. sudah kujangka pasti masalah mengenai cinta kalau tak masakan dari pagi lagi asyik sugul. "Cuba kau cerita kat aku. Kalau boleh tolong, aku tolonglah." aku cuba menenangkannya. "Begini ceritanya." Iskandar memulakan ceritanya,

"Natasha, you kenapa ni? Asyik nak merungut je. I tengah tension ni. Banyak kerja, masalah dengan klien, masalah kewangan ni tetiba masalah dengan you plak." kata Iskandar pada Natasha. Natasha hanya mendiamkan diri. "You are my girlfriend and I expect you to be there by my side and help me. not acting like a mere child." marah Iskandar.
"Oh, now you trying to blame me for not being there for you? I'm always by your side but you still neglected me. what the hell with that Iskandar? whenever i try to call you, my 'madu' yang asyik angkat. and you never once try to contact me after office hour. what the hell with that?" marah Natasha. kemudian dia menyambung lagi, "you neglected me and you offended me. i'm hurt, i'm deeply hurt by the way treating me." titis-titis air mata mengalir membasahi pipi gebu Natasha. laju tangan Iskandar cuba menyeka air mata Natasha dari berguguran. Tapi Natasha menepis laju tangan Iskandar. "Don't you ever dare to touch me. Sekarang baru you nak berlagak gentleman. i don't need this anymore. Please Iskandar. I love you so much yet you do this to me." Laju air mata jernih Natasha tumpah. 
"Natasha, I'm sorry. I'm so sorry. i know lately i have been neglecting you. i'm so sorry." pujuk Iskandar. Natasha menggeleng laju. "No way Is. Tak! I tak boleh terima cara you ni. I minta maaf. I perlukan masa bersendirian. I think it is better for us to have some alone time. i need to think about this relationship thoroughly. i don't know whether i can still forgive you or not."
"Natasha besar sangat ke dosa i dengan you? Sampai nak berpisah ni? Takkan you tak boleh nak maafkan I?" pujuk Iskandar sambil merenung mata Natasha tepat. Natasha menggeleng, "Maafkan I Is. I can't do it. You neglected me. dan you buat i macam sampah. hati I sakit. batin i sakit. ye zahir i nampak ok, tapi batin I, sapa yang tahu?" kata Natasha sambil memegang dadanya. "Iskandar, I need to go. I need sometimes to think. Please don't ever call me ok? and one more thing, I love you, i love our relationship but the way you have been acting just a little bit unfair to me and our relationship. I love you Iskandar." kata Natasha lalu pergi meninggalkan Iskandar termangu-mangu.

"Wei, awat kau mengelamun? kau dengar tak cerita aku nie" sergah Iskandar. "Aku dengar. aku dengar. aku ralit sangat tadi." kataku kepada Iskandar. Kemudian aku menyambung, "so sekarang ni macamana? kau ada contact dia?"
"Tak adalah. aku ingat lagi satu petua yang kau bagi kat aku dulu. aku ikut petua tu." aku menggeleng, lupa. "Petua yang mana satu ni? aku banyak lak bagi petua kat kau." Iskandar menyambung, "Kau pernah cakap dekat aku, kalau perempuan merajuk just biarkan je. cukup sekadar hantar 3 SMS minta maaf. itulah yang aku ikut." aku mengangguk mengerti. 
"So apa yang kau nak aku tolong lagi ni?" tanyaku.
"Aku dah bingung fikir pasal dia. aku sayangkan dia tapi masalahnya aku busy, sampai masa aandaku nak berehat kat rumah pun tak ada. so camne ni?"
"Aku rasa kau patut biar dia cool down dulu. jangan paksa-paksa dia. kau pun fikir balik. betul tak apa yang aku buat ni? perlu ke aku couple lagi dengan dia? ada masa depan tak aku dengan dia? kau kena mula fikir sal ni."
"Kau rasa boleh ke? Aku sayang dia dowh. sayang sangat-sangat."
"Kalau kau sayang dia, kau kenalah berubah, sikap tu. jangan pentingkan diri sangat. in relationship, there will always 'give and take'. kau kena pegang prinsip tu. kau jangan nak take je, sampai tak nak give balik. tak boleh." Iskandar hanya mengangguk. "Is, aku nasihat kau pergi bercuti. Hujung minggu ni nak raya haji kan? kau balik kampung, rehat dan fikir masak-masak. buat keputusan yang terbaik."
"Thanks buddy. Aku nak tanya lagi satu ni, boleh?" Aku hanya mengangguk tanda setuju mendengar soalannya. Iskandar menyambung, "Kenapa kau tetap single? kenapa tak nak ada girlfriend?"
"Aku? kenapa aku single? aku ni jenis yang senang sendirian. aku akui yang aku ramai kenalan perempuan. Tapi aku just rapat je. aku nak mulakan perhubungan ni macam takut. takut sebab aku tak dapat bagi komitmen. aku macam jenis lone ranger. katakan aku dengan Mas. kami memang rapat sebagai kawan tapi belum tentu aku boleh rapat or mesra dengan dia kalau dia tu kekasih aku. tu masalah aku. tu sebab prinsip aku senang je." 
"Apa prinsip kau?" soal iskandar.
"SINGLE IS BETTER." tawaku. "Tapi kadang-kadang aku lonely gak. tengok kau ada gf, aku pula fikir aku sunyi. tapi sebenarnya aku tak sunyi. aku banyak kawan. Maybe aku nie perlu berkawan dengan banyak orang dulu baru boleh jumpa calon isteri yang terbaik."
"Camtu hek? Kau memang terbaik Amir." tawa meletus di antara kami berdua. Tawa kami terhenti pabila telefonku berdering lagu, 'U SMILE-JUSTIN BIEBER'. lantas aku menekan butang hijau. 
"HAI SAYANG . . ."

PLAYBOY TERULUNG (BAB 2)

Kelihatan Danial sedang asyik mengelamun. Kekadang kedengaran keluh resah beliau. Aku tertanya-tanya kenapa begini perangaiya. Adakah kerna cinta? Sepertimana yang menimpa Iskandar. Pening-pening aku lihat rakan-rakanku ini.
"Bukan main panjang lagi keluhan kau Dan. Kenapa ni?" tanyaku.
"Naah. . . its nothing much really." jawab Danial cuba menyembunyikan sesuatu.
"Really bro? You know you can trust me right?"
"I know man, but it's really complicated." satu keluhan lagi kedengaran.
"Dan, tak ada masalah dalam dunia ni yang tak boleh di selesaikan. Just tell me what it is that been bothering you since yesterday?"
"The thing is, Myra just broke up with me." 
"What? When? Why?" tanyaku bertubi-tubi.
"Yesterday she made up her mind. Dia kata kitaorang dah tak sehaluan." Danial menjawab setiap persoalanku.
"Kesian Myra. Dia dah buat kesilapan besar." pujukku tetapi Danial hanya menggeleng. 
"Tak, aku yang buat kesilapan. Aku tak jaga dia elok-elok. Dia dahlah yang terbaik. Sekali lagi aku buat seorang gadis menangis. Bila aku ingat balik peristiwa semalam, aku rasa nak nangislah." terang Danial. Aku menyuruhnya untuk menceritakan segala-galanya. "Semuanya bermula macam ni. . . "


"Dan, I need some explanation and I want it now." Myra berkata tegas.
"What do you want sayang?"
"Don't call me sayang-sayang. You filthy liar. Tell me the truth." laung Myra.
"What it is sayang? Tell me." riak wajah Danial penuh dengan kepura-puraan.
"Ni! Terangkan benda ni." sepucuk sampul surat di campakkan di atas meja. berselerak beberapa keping gambar. Danial mengambil sekeping gambar itu.
"So? She's my friend and also your friend."
"She's my friend yet you been sneaking out with her behind my back. Why did you do this to me?" suara Myra mulai serak. "Kenapa Dan? Tak cukup ke apa yang I dah buat untuk you? Kenapa you mesti cari perempuan lain?" titis-titis mutiara putih jatuh. "Kenapa Dan? After everything I gave to you, why did you do this to me?"
"She's a friend. We do hang out sometimes. What's wrong with that? You do hang out with Amir, Iskandar yet I'm not angry with you."
"She's a friend. That's the only reasonable explanation you can give? What about this picture Dan? Holding hand together. Cuddling each other. Macam ni ke perlakuan kawan?" marah Myra sambil tangannya menunjukkan sekeping gambar Danial dan Nisa. Danial terdiam. "I'm fed up with you. And i don't want to be in this relationship anymore. I'm sick and tired of your game and you. You pervert playboy!" tangan Myra laju menampar pipi Danial. Sejurus selepas itu, Myra segera berlalu pergi. Danial hanya terdiam di situ. Terkejut dengan tindakan Myra. Beberapa langkah kemudian, Myra berhenti.
"This is for the baby inside of me. I was so stupid to surrender my virginity to a low life like you. F*** you!" Myra menunjukkan jari hantunya kepada Danial dan menyambut, "You're going to be a father soon Mr Danial Asyraf yet you won't be able to get to know your own child."
"What Myra? How's that happen?" Danial terduduk sebaik mendengar berita itu serta egonya terpukul kerana telah disumpah oleh Myra.

"So that's the story. I'm going to be a father soon." 
"F***! Sial ko! Bila kau main dengan dia?" tanya Amir.
"Entah, aku pun tak ingat."
"So kau selalu mainlah dengan dia?" tanyaku inginkan kepastian. Danial hanya mengangguk.
"Selalulah jugak."
"MasyaALLAH. Tak senonoh. Bodoh! Kau memanglah, playboy terulunglah."

I WILL ALWAYS BE THERE BY YOUR SIDE (BAB 3)

Malam itu aku, Iskandar dan Danial pergi ke sebuah kedai mamak. Di sana aku bertemu dengan Fyra. Aku mengajak Fyra untuk makan bersama kami tapi dia menolaknya lembut. Selepas bertukar nombor telefon, aku berlalu ke mejaku dan dia terus berlalu pergi.
"Amboi, bukan main lagi playboya kita ni." kata Iskandar. "Takkan taknak ajak dia makan sekalik kot? Boleh gak aku kenal." sakat Danial pula. Aku hanya menggelengkan kepala. Seketika kemudian seorang pelayan datang mengambil pesanan kami.
"Sapa dia tadi wei? Hot kot. Body ad umphhh." kata Danial.
"Kau Dan memangle. Pantang nampak awek lawo. Dia tu kawan sekolah aku. Dah kahwin rasanya."
Danial dan Iskandar melopong. "Kahwin?" tanya mereka berdua serentak. Aku hanya mengangguk. Itu hanyalah andaian aku kerana ketika bersalaman dengannya, aku terlihat sebentuk cincin berlian tersarung di jari manisnya. 
"Aku agak je." kataku. 
"Poodah... Nak makan sorang cakaple. Dengan member pun tak nak kongsi." kata Iskandar.
"Pale hotak hang. Ko dah ada awek sudah. Natasha tau, naya kau." kataku diiringi tawa.
"Yala-yala. Celaka ugut aku camtu."
"Tulah Is, tengok aku ni. Baik jew. Single." bangga Danial.
"Butoh hang single. Awek mengandung tu single." balas Iskandar.
"Ex-girlfriend je ok? Sapa suh senang sangat bagi. Orang dah bagi takkan aku nak tolak pulakkan? kalau si Natasha tu bagi pun kau dah serbu gakkan?" kata Danial sambil mengenyit matanya kepada Iskandar. Aku tak ingin masuk campur. Aku hnya diam. 
"Kau nak bertanggungjawab ke tak Dan?" tanya Iskandar.
"Tak tahulah. Haritu aku ada call auntie dia. Tanya sal hal ni. Tapi auntie dia cakap dia dah pergi London. So aku buat tak tahulah. " jawabnya tenang.
"Mak cik dia tahu?" aku bertanya. Danial mengangguk tenang. Aku terlopong. Macam nilah dunia akhir zaman. Seks bebas, mengandung, arak, pelacur semuanya benda norma kehidupan. Aku tak faham sunguh. 
"Wei Amir, kitaorang nak tanya ni." tanya Iskandar.
"Bila pulak ada istilah kita ni? Kau je yang nak taukan? bukan aku. Awat jual nama aku?" tanya Danial kepada Iskandar. 
"Mampoih pigi kat kau. Amir kau single ke apa sebenarnya?" tanya Iskandar.
"Aku? Aku?" 
"Taklah. Budak mana entah. Nama dia Amir. Kau kenal?"
"L*****. Menganjing! Aku mana ada girlfriend. Ni mesti sebab sayang tu kan?" tanyaku. Mereka berdua mengangguk. Kemudian Iskandar menyambung, "Bukan setakat sayang tu je. Ritu aku nampak kau makan kat gerai bawah tu dengan sorang awek. Hot pulak. Sapa dia?"
"Oh. Yang ritu? Nama dia Ann. Kawan lama aku time kat sekolah dulu. Dulu sebelum masuk UiTM, aku selalu lepak-lepak dengan dia. Main boling." jawabku.
"Main bola boling ke 'bola' lain Mir?" sindir Danial.
"Hantu ko. Aku teruna bukan cam kau! Mula-mula aku tak tau dia ada kat KL ni. Alih-alih dia sekarang lawyer kat company Wilma Attorney and Associates."
"Wilma Attorney? Yang aku design name card tu ke?" tanya Iskandar. Aku hanya mengangguk. 
"Pembetulan! Bukan kau design ok? Kita design bersama." kata Danial pula.
"Ok, ok. Cukup. Jangan bertekak. Menyampah aku dengar. Sambung balik cer tadi, aku dengan Ann ni dulu rapat. Asal keluar je mesti bersama. Bukan berdua tau."
"Yang awek pakai mini skirt kat jazz kelab ritu sapa?" tanya Danial pula.
"Awek mantop tu? Tu Fasha. Ex aku. Dia hotkan? Model, biasalah. Kalau kau nak Dan, aku boleh rekomenkan ko. Nak?" tanyaku kepada Danial. Danial menggeleng. Pulak dah? Biasa nak je. 
"Aku taknaklah Fasha. Macam dah selalu main je." kata Danial. Aku dan Iskandar lantas gelak mendengar komennya tentang Fasha. "Kenapa kau jumpa dia haritu?"
"Saje je. Lepak-lepak, tanya khabar. Lagipun aku jarang nampak muka dia dah."
"Kau cam ambil berat je dengan ex ko. Kenapa hek?" tanya Iskandar.
"Mestilah. Aku sayang mereka semua. Walaupun dah break, aku tetap anggap deme kawan aku. Dan aku selalu cakap dekat setiap kawan-kawan aku including my past girlfriends that, I WILL ALWAYS BE THERE FOR YOU NO MATTER WHAT THE SITUATION YOU ARE IN. WHETHER IT IS HAPPY OR BAD, I WILL ALWAYS BE THERE BY YOUR SIDE..."

KENANGAN 1 (BAB 4)

Malam-malam macam ni sunyi pulak dekat rumah sorang-sorang. Manalah housemate aku ni? Ada ke tinggalkan aku sorang-sorang. Nak tengok tv pun tak ada rancangan best. CSI pukul 11.00 malam. Sekarang baru pukul 9.00 malam. Nak online, broadband tak bayar. Hampanya aku. Apalagi aku putarkan segala lagu-lagu yang ada di dalam cakera kerasku itu. Lagu pertama yang aku dengar ialah, TREY SONGZ-CAN'T BE FRIEND. Aku turut menyumbangkan lagu ini. Secara lahiriahnya memang menyumbangkannya.
And I wish we never did it.
And I wish we never loved it.
And I wish I never fell so deep in love with you and now it
ain't no way we can be friends.
Kemudian lagu CHANTAL KREVIANZUK-LEAVING ON A JET PLANE. Antara lagu yang amat kugemari. Lagu tema untuk filem ARMAGEDDON; filem yang aku gemari juga. Bait-bait lirik ini mengundang kembali memori-memori lamaku. Memori ini berputar-putar di dalam kotak fikiranku. Memori antara kau dan aku.
Theres so many times I’ve let you down.
So many times I’ve played around.
I tell you now, they dont mean a thing
Every place I go, I’ll think of you
Every song I sing, I’ll sing for you
When I come back, I’ll bring your wedding ring
Hatiku tersentuh mendengar bait-bait ini. Kerna sautu masa dulu aku pernah berjanji kepada seseorang yang suatu hari nanti akanku sarungkan sebentuk cincin ke jari manisnya tetapi kini ianya tinggal kenangan. Aaaahh! Lupakanlah memori lama ni. Lagu RAIN-LOVE SONG, pula bermain. Bertambah pilulah hati ini. Satu-satu bait memori menjelma ke kotak fikiranku.

Hari Sabtu itu merupakan hari yang akan aku kenang selagi roh dan jasadku bersatu. Hari itu aku memberanikan diri ini untuk meluahkan perasaanku pada dirinya. Kerna aku tahu, kalau aku malu sampai bila-bila pun aku takkan dapatkannya.
Tapi cara aku meluahkannya bukan melalui tutur kata tetapi menggunakan coretan bait-bait kata puitis. Sungguh old skool  caraku. Petang itu aku mengajaknya keluar untuk makan malam bersama. Tepat jam 8.00 malam, aku sudah berada di kafeteria. Seketika kemudian gadis idamanku pun datang. Berdebar-debar hatiku.

"Assalamualaikum Mir. Sorry lama tunggu." ucapnya.
"Waalaikumussalam. Tak ada apa-apalah. Mir pun baru sampai. Ju nak makan apa-apa tak?" 
"Tak apalah. Ju nak hantar buku ni. Sok nak balik dah. Takut tak sempat pulak." jawabnya sambil menunjukkan sebuah buku tebal bertajuk 1001 PAINTINGS YOU MUST SEE BEFORE YOU DIE. "Sebenarnya Lia datang sat je ni. Mir nak makan ke? Kalau nak, Ju temankan." sambungnya lagi.
"Tak apalah. Mir sebenarnya nak keluar malam ni." gelengku kemudian aku menyambung, "Actually I have something to give to you." kataku sambil menunjukkan sepucuk surat.
"Bukan ritu Mir ada bagi dah ke dalam kelas?" tanyanya.
"Yang tu lain. Yang ni special." kataku lantas menghulurkan surat itu kepadanya.
"Ju nak baca sekarang boleh tak?" laju tangannya cuba membuka sampul surat itu. Aku menegahnya.
"Kalau Ju kawan Mir, jangan buka lagi ok? Baca dalam bilik sat lagi."
"Alaa, Mir ni tak sportinglah." Julia menarik muka masam.
"Jom. Jom pi library. Dah pukul 8.40 dah ni. Kang tutup pulak library." aku mengajaknya.
"Jom. Lagi cepat lagi best. Nanti cepat sikit Ju baca surat ini."

Kami berjalan beriringan ke perpustakaan. Dalam gelap malam itu, aku masih dapat melihat riak wajahnya dek cahaya bulan penuh. Cantiknya dia. Sungguh aku jatuh cinta padanya. Aku menemannya hingga ke kolejnya. Selepas pasti dia sudah sampai di biliknya aku beransur pergi. Aku keluar bersama rakan-rakanku. Sejurus aku keluar dari panggung wayang aku segera menelefonnya. Aku tak perlu menunggu lama, 

"Mir, sungguh ke apa yang Mir tulis ni?" tanyanya tanpa menjawab salamku.
"Apa? Apa yang Mir kata?" tanyaku berpura-pura.
"Yang Mir sayangkan Ju?" Betul ke?"
"Ya Ju. Mir jujur. Mir sayangkan Ju." jawabku jujur.
"Sure ke? Ju bukan macam Yana, Ju pun bukan macam Su. Ju tak lawa macam yang lain." dia terhenti. Kemudian dia menyambung, "Lagipun awal-awal dulu, tak ada sapa yang nampak Ju pun. Ju ni nobody banding yang lain dalam kelas."
"Ju, Mir hanya nampak Ju je. You are the best among the best. You are so special to me. Lebih hebat dari mana-mana gadis."
"Mir, give me some times ok? I'm not rejecting you but I need time to think... Most important thing is, Mir ada tempat dalam hati Ju." katanya. Mataku bersinar mendengar jawapannya tadi.
"Mir akan bagi sebanyak masa pun untuk Ju. Mir kan sayangkan Ju. Saranghaeyo Ju."
"Saranghaeyo? Apa tu?"
"Ju carilah maksudnya. Oklah Ju, Mir nak drive jap. Sok balik kul bape?"
"Ju balik petang kot. Take care Mir." ucapnya.
"Sok kita jumpa, before Ju balik. Kalau tak jumpa merana Mir."
"Tak payah rushing-rushing ok? Jaga diri. Drive elok-elok. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." talian di matikan. Berbunga hatiku kala ini.

Kami tiba di depan pintu universiti jam 9.00 pagi. Sampai sahaja di bilik, aku merebahkan diri di atas katil. Alangkah empuknya tilam ini. Petang ni Julia balik. sebelum aku melelapkan mata, aku menghantas SMS kepada Julia; mengajaknya bertemu untuk makan tengahari ini. Seketika kemudian dia membalas, "Maaf Mir, Ju nak kemas-kemas jap. nanti kita jumpa ok? Sebelum Ju balik." Tak apalah, lagipun aku mengantuk. Jam 5.00 petang, aku pergi ke kolejnya bersama dengan rakanku Ashraf. Aku membawa bersama sebuah puisi yang kukarang sebentar tadi. pada mulanya aku sedikit cuak tetapi rakanku mendesakku. AKu memberanikan diri bertemu Julia. Lalu ku berikannya puisi itu. Seperti biasa aku menyuruhnya membaca di bilik. Ku lihat reaksinya berbunga-bunga. Mungkinkah akan berbunga benih-benih cinta antara kami berdua?

KENANGAN 2 (BAB 5)

Hampir 10 minit selepas Toyota Estima kepunyaan Julia pergi, aku menerima satu SMS. Daripada Julia. Aku baru berkira-kira untuk menghantar SMS kepadanya tetapi dia selangkah lebih pantas daripadaku.
'Thanks Amir for the lovely poem. How sweet of you. My mom said, she wants to meet you someday. Hahaha... Looks like someone gonna be interviewed... Btw thanks.'

Berbunga riang hatiku ini. Kemudian aku membalas pula, 'Jangan risau. Mir mmg hbt bler kena temuduga nie. Hahahaha... TC ok? Dh sampe USJ gtau." Butang SEND kutekan. Malam ni aku nak balik Duyung dulu. Sok pagi pergi DP dengan famili dan barulah pulang ke Ipoh.

Sepanjang menunggu kedatangan familiku, aku hanya berbalas SMS dengan Julia. Ada sahaja yang kami borakkan. Famili aku tiba selepas maghrib. Kemudian kami terus pergi ke Duyung; rumah makcikku.

Laungan deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Aku tahu itu siapa.

"Assalamualaikum cik Julia Rashid. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"
"Waalaikumussalam. Mengada-ngadalah awak ni. Mir kat mana? Ju dah sampai dah." beritahunya.
"Oh. Patutlah. Mir kat Duyung ni. Rumah makcik." kataku pula.
"Eh, orang tak tanya pun. Tak payahlah bagitau."
"Majukle... Tak nak kawan." rajukku.
"Amboi! Dalam surat bukan main lagi, ni tak nak kawan pulak. Wuekk! Tak nak kawan sudah." perlinya. Tajam sekali.
"Yela-yela. Kita kawan ok?"
"Tak nak. Nak majok pulak. Wueekk!" rajuknya. Aduh! Habis peluangku.
"Alaaaa, janganlah marah Ju. Mir gurau je. Janganlah camni." pujukku.
"Hurm!" marahnya.
"Awak janganlah majok, nanti saya nangis. Saya dahlah tak ada kawan. Saya nangis ni" pujukku lagi.
"Lalalala..."
"Sayang, janganlah camni... Please... I was joking around with you. Takkanlah saya nak majuk sebab benda kecil camtu? Please Ju. Forgive me." manis mulutku berbicara. Terhambur tawa Julia. Oh, dia main-mainkan aku. Tak apa.
"Mir, you're so sweet. Just kidding. Oklah Mir. Ju nak unpacking jap. Banyak barang ni."
"Ok. Take care. Send my regard to your family ok?"
"I will, insyaALLAH. You too. Take care. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." talian di matikan. Aku tersenyum sendiri.

Keesokan harinya berlaku sedikit pertukaran pada rancangan awal. Kami tak jadi untuk pergi ke Dataran Pahlawan sebaliknya kami sekeluarga beserta keluarga makcikku akan pergi ke Jusco Ayer Keroh. Kerana iainya satu jalan untuk pulang melalui lebuhraya Utara/Selatan. Tepat jam 2.00 petang, kami sekeluarga bertolak pulang ke Ipoh. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 5jam itu aku habiskan dengan berbalas SMS dengan Julia. Kekadang aku tersenyum sendiri. Perbuatanku itu seringkali menyebabkan aku ditegur. Tersipu malu juga aku. Jam ditangan menunjukkan tepat jam 7.00 malam. Kami baru sahaja melepasi Jalan Kuala Kangsar. Dalam masa kurang 20 minit, kami tiba di rumah. Aku segera mendail nombor Julia. Tetapi tidak berjawab. Oh, sekarangkan waktu Maghrib. Hahaha, gelakku sendiri. Aku hanya menghantar SMS menyatakan aku telah selamat tiba kepadanya. Setelah memunggah barangan-baranganku, aku segera mendapatkan katil empukku yang telah kutinggalkan hampir setengah tahun. Dalam tak sedar, aku terlena.

KENANGAN 3 (BAB 6)

Aku terjaga jam 2.00 pagi. Perutku berkeroncong. Lapar pula. Lalu aku segera menuju ke dapur. Mencari kalau-kalau ada roti ataupun apa-apa jua makanan. Malangnya tiada apa-apa. Lantas aku masuk semula ke bilikku. Melihat telefon bimbitku. Tiada sebarang mesej. Ok, tak apalah. Mungkin dia sudah tidur. Aku mencapai laptopku. Lalu ku mula menaip setiap isi hatiku ini.

'Cinta itu suatu anugerah dari yang MAHA ESA. Layakkah aku untuk menerimanya? Sedangkan ada lagi yang lebih layak dariku. Adakah aku cukup baik untuk dirimu Julia? Ataupun adakah Julia terbaik untukku? Yang pasti aku nampak yang baik-baik sahaja dari Julia. Dia gadis yang mencukupi diriku. Dia baik, taat pada suruhan agama sungguhpun dia tidak bertudung. (Rileksle Amir. Mungkin suatu hari nanti dia akan bertudung.) Dia amat menarik pada pandangan mataku. Setiap kali hari Isnin, dia akan memakai sepasang baju kebaya. Sungguh manis dan amat menawan.' 

Coretan isi hatiku ini ibaratkan diari aku. Bukan seperti kebanyakan diari tapi sebuah diari yang menggunakan puisi, sonata, lirik, madah sebagai media menyampaikan luahan hati. Itulah caraku. "Smart cara kau ni. Luahan hati menggunakan puisi. Boleh jadi pengarang ni." kata seorang temanku. Ada antara karyaku ini telah ku hantar pada beberapa akhbar. Dan ada sesetengahnya yang telah pun menjadi hak milik syarikat penerbitan itu. Aku terus menulis hinggalah aku tersedar keesokan harinya jam 12.00 tengahari. Aku lihat telefonku, ada 5 misscall. Julia ada menelefonku. Aku segera menelefonnya.

"Hai sayang. Miss me?" ucap tamaku.
"Pe sayang-sayang ni? Bila pulak kita couple." gelaknya. Dan aku menyambut gelaknya.
"Kenapa ni? Rindu ke?"
"Taklah. Mir actually I have something to say to you."
"What it is? Bunyi cam penting je. Kenapa ni Ju?" tanyaku.
"I can't lie to you anymore. I'm sorry Amir. Ju tak rasa kita boleh teruskan hubungan ni. Ju masih sayangkan ex Ju." terangnya. Aku terdiam. Aku perlu menggunakan cara berdiplomasi.
"Naaah. It's ok. I understand. I can wait for you forever."
"Tapi Mir, Ju tak nak kecewakan Mir. Please, jangan tunggu Ju."
"Like I said Ju, I will wait for you. No matter how long it is, I will wait for you." jawabku berdiplomasi.
"Kalau sanggup tunggu, maybe ada peluang untuk Mir."
"Yahoo!!!" jeritku.
"Mir, Ju nak setting meja ni. Oklah bye." talian dimatikan. Aku mencapai tualaku, menuju ke tandas.

Petang itu aku menghantar mesej kepada Julia. Tidak berbalas. Aku fikir mungkin dia sedang sibuk. Malam itu selepas Maghrib aku menghantar lagi satu mesej kepadanya. Penantian yang sia-sia. Sehingga keesokkan paginya tiada mesej.
Tiga hari dia tidak membalas sebarang mesejku. Kenapa dia ni? Cuba menjauhkan diri dari akukah? Segera aku nyahkan idea itu. Mungkin Julia tak ada kredit. Beberapa hari selepas itu Julia menghantar mesej kepadaku.
'Sori, Ju bz ckit. Ju xde kredit pun. tp skng dh 2pup.' Aku segera membalasnya. Satu hari itu kami berbalas SMS. Tapi cerah tak berpanjangan. KEesokan harinya dia menghilang kembali. Kalau pun ada, dia hanya membalas sepatah sahaja. Kemudian menghilang kembali. Aku biarkanlah takdir menentukan kami. Dalam masa ini aku bertemu dengan seorang gadis lain bernama Maya. Gadis yang manis. Wajahnya putih mulus dan berambut ikal mayang. Gadis yang amat meminati bidang penulisan sepertimanaku dan juga seorang pelajar jurusan FINE ART sepertiku. Kami mulai rapat. Namun Julia tetap di hatiku ini. Aduh, susahnya hendak kulupakan Julia. Namun kehadiran Maya banyak membantuku. Tetapi semester dua ini amat mencabar bagiku.

Semester dua pun menjelma. Keputusan aku semester satu sekadar cukup-cukup makan. Aku mendapat 3.1 sahaja. Kelas pun bermula. Aku berasa janggal. Di mana Julia? Sudah seminggu berlalu, tetapi kelibat Julia tidak kelihatan dalam mana-mana kelas pun. Aku tertanya-tanya. Aku tanyakan pada rakan baiknya. Jawapan mereka seolah-olah mereka cuba menyembunyikan sesuatu. Tetapi seperti biasa bagi orang yang optimistik seperti aku ni, aku hanya bersangka baik sahaja. Aku menghantar mesej kepadanya tetapi tidak berbalas jua.

"Amir, Siti nak jumpa dengan kau. Jom ikut aku." ajak Putra ketika aku terserempak dengannya di kafe.
"Pergi mana ni?"
"Pergi studio jap."
"Pergh, tak nak jauh pulak?" kataku.
"Jom jele." ajaknya. Aku hanya menurutnya sahaja. Kami berjalan ke studio. Hari ini suasana agak muram Seolah-olah ada sesuatu yang ganjil berlaku. Suasana seolah-olah cuba menceritakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku. AKu sendiri tak pasti kenapa. Abaikan sahajalah. Setelah hampir 10 minit perjalanan kami pun tiba di studio. Siti lantas menghampiri kami bila ternampak kami berada di pintu studio. Riak wajahnya sugul.

"Amir, aku ada something nak bagi kat kau." kata Siti.
"Amende? Mana? Dari sapa?" soalan keluar dari mulutku ibaratkan hujan peluru.
"Ni hah. Dari someone." kata Siti sambil emnghulurkan sepucuk surat serta sebuah CD.
"Dari sapa?" aku bertanyakan Siti. Siti hanya berdiam. Lalu ku suakan soalan yang sama kepada Putra. Gelengan yang kuterima.
"Boleh aku buka ke?"
"Jangan. Buka kat bilik ok? Itu sebenarnya Ju yang bagi." terkeluar juga dari mulut Siti.
"Kan senang kalau bagitau je. Tu je ke Siti? Kalau tak aku nak balik bilik ni. Nak baca mende ni. Jap-jap. Ju pergi mana hek?" tanyaku pada Siti.
"Kau akan tahu semuanya dalam surat tu." Putra menjawab bagi pihak Siti. "Jomlah balik bilik kau. AKu nak lepak situ." sambung Putra. Lantas kami pun balik ke bilik. Teruja aku untuk membaca surat ini. Apalah yang ditulis oleh Julia. 
Sampai sahaja di bilik, aku segera membuka sampul surat itu. Panjangnya coretan Julia.

Assalamualaikum Amir.

Pertama sekali Ju nak minta maaf sebab lama tak contact dengan Mir. Sorry hek? Ju takde niat nak sisihkan Mir.
Sebenarnyakan Mir, Ju sayangkan Mir. Sangat sayangkan Mir. Time Ju call Mir ritu, Ju sedih sangat. Sebab Ju akan lukakan hati Mir. Ju tak bolah nak terima Mir. Tak boleh nak sayangkan Mir. Nanti Ju akan serba salah dan pasti Ju akan berasa sangat pedih. Pedih macam hati Ju ni ditoreh belati. Dan ianya bukan sebab MIr, jauh sekali sebab Mir. Tapi semuanya sebab Ju. Ju taknak susahkan Mir. Sebab tu Ju reject Mir. Tapi Ju tak sangka yang Mir akan tetap tunggu Ju. Tetap hantar SMS setiap hari, wishing me good night, good morning tanpa rasa penat. Setiap kali Ju dapat SMS Mir, Ju menangis. Sebab Ju tak boleh benarkan diri Ju balas balik. Tak nak bagi Mir mengharap pada JU.
Sebenarnyakan Mir, Ju ada penyakit. Ju ada kanser. To be exact, brain tumor. Pada tahap terakhir. Maaf sebab tak dapat kongsi dengan Mir. Ju tak nak Mir yang Ju sayang ni susah hati. Ju nak Mir live your life to the fullest. Ju sayangkan Mir. Ju harap Mir tak marahkan Ju sebab simpan rahsia ni dari Mir. Ju sayangkan Mir. Ju ada satu hadiah untuk Mir. Rasanya Siti ada bagi satu CD kan? Nanti mainkanlah CD tu. Ada beberapa lagu yang Ju mainkan. Ada gak yang Ju gubah. Khas untuk Amir. 
Sayang, Ju dah tak tahu nak tulis apa. Sebab segala apa yang Ju nak luahkan, dah pun Ju luahkan dalam proses penggubahan lagu untuk Mir. Mungkin cara Mir nak luahkan segala apa perasaan Mir pada sehelai kertas tetapi Ju pulak lain. Ju luahkan semuanya dengan menggunakan nota-nota musik. Melahirkan suatu irama yang penuh dengan jiwa. (Berair pula mata ni) Mir dengar tau lagu tu. 
Sayang, sampai di sini sajalah coretanku. (ink dah nak abih sebenarnya. Hahahah) Dah habis baca surat ni, jangan lupa sedekahkan AL-FATIHAH untuk Ju ok? Julia sayangkan Amir. Sangat-sangat sayangkan Amir. 
Assalamualaikum wbt sayang.

Longgar benar lututku selepas membacanya. Aku kehilangan daya kawalan pada kakiku. AKu terduduk dengan tanganku masih erat menggenggam suratnya. Ya ALLAH, Julia dah tiada. Putra lantas datang kepadaku. Memberikanku semangat. Menenangkan diriku.
Aku cuba berdiri. Segera aku memainkan CD Julia. LAgu pertama di mainkan. Indahnya lagu gubahannya. Ternyata Julia sungguh berbakat. Setiap petikan nota-nota musik itu mengasyikkan. Setiap key piano dimainkan dengan jiwa. Kelunakan suaranya menenggelamkan aku di dalam luahan perasaanku sendiri. Aku kaku dan seolah-olah mati mendengar setiap bait-bait lirik yang dinyanyikannya sambil memetik kekunci piano itu. Aku tenggelam dalam perasaanku. Tanpa kusedari, aku menangis...

EPILOG KENANGAN (BAB 7)

Dalam kesamaran malam, ku cuba untuk mencari CD pemberian arwah Julia yang masih kusimpan hingga kini. Ku mainkan CD itu. Memutarkan setiap lagu yang diolahkan oleh arwah. Semakin laju air mataku mengalir membasahi pipi. Aku tenggelam dalam perasaanku sendiri.
"Amir kau ok tak?" aku terkejut disapa secara tetiba oleh Iskandar. Sungguh aku tak sedar akan kepulangannya.
"Aku ok je. Takde apa-apa pun." tipuku.
"Udahlah Mir. Toksahle kau nak tipu aku. Orang kampung kau ni. Kenapa?" Iskandar dapat melihat di sebalik senyuman palsuku itu. "Ni mesti pasal lagu tu kan? Lagu yang kau selalu mainkan time kau sedih. Boleh kau gtau aku cer sebenar?"
Aku tak mampu lagi untuk menipu Iskandar apatah lagi menipu diriku. Aku menceritakan segalanya kepadanya. Segala-galanya mengenai Julia, surat itu dan juga CD ini. Malam itu aku meluahkan segala perasaanku serta beban yang kutanggung selama ini. Beban yang terbuku sejak Julia pergi meninggalkan aku 10 tahun yang lalu. Selama ini aku hanya menipu diriku dengan berpura-pura gembira. 
"So nilah penyebab kau susah nak lekat dengan mana-mana perempuan? Sebab seorang gadis bernama Julia Arsyad ni?" tanya Iskandar.
"Is, Julia Arsyad tu dah meninggal dunia 10 tahun lalu. Time kitaorang baru semester satu. Time aku baru sahaja luahkan perasaan aku kat dia. Cinta baru nak berputik. Tapi apakan daya ALLAH SWT sayangkan dia lagi." kedengaran esakku.
"Sabar Mir. Kau mesti kuat." pujuk Iskandar.
"Dah 10 tahun aku sabar, dah 10 tahun aku pendam. Aku berlagak aku happy, aku tunjukkan yang aku bahagia. Tapi sebahagia manapun aku, aku tetap terasa macam ada sesuatu yang hilang dalam hati ini. It's like something very-very important missing from my life. It would look like that my life aren't full. Man, kenapa aku ni?"
"Nope. It's ok. kadang-kadang benda ni memang berlaku. Sabar Mir. Aku tak tahu nak comment camne sebab aku tak pernah hadapinya."
"Takpe. It's ok. Aku just terlalu rindukan dia. Lagi-lagi aku dengar lagu dia. Last aku dengar lagu dia time aku dapat CD tu. 10 tahun lepas. I think I'm ok now. Thanks Is. You are a true friend.
"Kan senang camni Mir. Kau selalu ada untuk tolong orang, tapi kau tak pernah bukakan diri kau untuk dibantu orang lain."
"Aku tak mampu. Aku nak orang nampak aku happy dan aku tak nak orang susah hati pasal aku." jawabku.
"Aku boleh je tolong kau. Kau ada Izzat, Najmi sume untuk support kau ok? Ingat tu." aku hanya mengangguk tanda memahami. Malam itu aku terlena dalam kelelahan, kesedihan namun di sebalik itu, terdapat suatu sinar kegembiraan. Iaitu rakan-rakan baikku yang sentiasa ada di sisiku.

CHENTA (BAB 8)

Cinta datang dan pergi begitu sahaja. Luka di hati masih tak terubati. Pedih. Sungguhpun kisah itu sudah 10 tahun yang lalu namun aku tetap masih terasa nyilu luka itu. Walaupun aku dah berkenalan dengan ramai gadis, berpacaran namun hatiku tetap masih menyintai Julia. Kenapa ini harus berlaku? Aku kena kuatkan hatiku. Sesungguhnya ALLAH SWT takkan menguji hamba-NYA kalau hamba-NYA itu tak mampu menghadapinya. Aku teringatkan SMS mama tadi lantas aku terus memandu ke area Taman Meru. Mama mengusahakan sebuah salun kecantikan di kawasan itu.
"Assalamualaikum mama." ucapku sambil mencium tangan mama.
"Waalaikumussalam. Anak mama sihat?"
"Sihat Alhamdulillah. Mama?"
"Alhamdulillah. Sihat. Jomlah duduk dulu. Mesti anak mama letih." pelawa mama untuk duduk di pangkin. "Mir mama nak tanya something boleh?"
"Apa ma? Tanya je."
"Amir dah ada teman istimewa ke?" tanya Mama.
"Eh, manada lagi mama." aku menggeleng sahaja.
"Adruce dah nak bertunang dengan Umaira. Kamu bila lagi? Dah langkah bendul dah."
"Tak bersedialah mama." jawabku.
"Tak bersedia ke masih teringatkan arwah Julia?"
"Ala mama. Memanglah teringatkan arwah. Mir sayangkan arwah."
"Sampai bila Amir? Nak mama carikan ke?" ujar Mama.
"Takpe-takpe. Mama bukannya Mir tak pernah couple ngan sapa-sapa. Ada je. Cuma kebanyakkannya kecundang di tengah jalan."
"Anak mama playboy rupanya?" usik mama.
"Tak adalah mama. InsyaALLAH nanti Mir jumpalah si dia tu. Mama doakanlah." kataku mengusik.
"Yelah Mir. Mir nak balik dulu ke? Semua tak ada kat rumah tau." maklum Mama.
"Babah, Ed dengan Fyna pergi mana?"
"Babah pergi Clearwater. Ed temankan Fyna pergi Jusco. Shopping katanya."
"Oh. Kalau macam tu takpelah. Mir balik jele. Letih badan ni mama." ujarku.
"Nak wat massage tak? Alang-alang dah sampai salun ni?" tanya Mama.
"Takpelah. Lagipun kan pekerja mama semua ada pelanggan. Mir balik tidur je kot."
"Oklah. Bawak kereta elok-elok. Malam kang kita dinner sekali."
Aku terus memandu pulang menuju ke Kampung Manjoi. Sampai sahaja di rumahku, aku segera merebahkan diriku di atas katil empuk itu. Dalam tak sedar, aku terlena.
"Mir, Ju ada something nak bagitahu ni."
"Apa sayang?"
"Ju nak Mir lupakan Ju. Mir dah cukup menderita selama 10 tahun. Ju tak nak Mir sedih-sedih. Lupakan Ju, mulakan hidup baru. 10 tahun tu dah cukup lama. Jangan bersedih lagi. Buka pintu hati Mir untuk perempuan lain. Ju tak sanggup Mir. Ju kesiankan Mir. Tolonglah lupakan Ju dan buka pintu hati Mir untuk orang yang lebih layak. Dah sampai masanya untuk nama Julia lenyap dari ingatan Mir. Sudah sampai masanya untuk Mir berjumpa dengan orang yang lebih baik dan yang akan membahagiakan Mir. Selamat tinggal Mir." ucap Julia.
Aku tersentak. Aku terjaga dari tidurku. Aku bermimpikan Julia. Sudah seminggu lebih malamku didatangi arwah Julia yang membawakan mesej yang sama. Julia bagaimana aku hendak melupakan kau. Aku cintakan kau. Aku cuba untuk tidur kembali namun tak mampu. Aku mengambil telefon bimbitku. aku ingin berjumpa siapa? Lantas aku teringatkan Izzat. Namanya kucari lalu kudail. Lamanya dia ni nak jawab panggilanku. Memanglah apek ni.
"Halo?" ucapku.
"Amir! Lama tak dengar cer. Ko kat mana?"
"Jom jumpa kat McD JJ."
"Sekarang?"
"Haahlah sayang. Nak tak?" tanyaku.
"Jom."
Aku mencapai jaket kulit yang tersandar di atas kerusi lalu kusarung ia. Segak juga aku ni. Fikirku kala kulihat bayanganku di cermin. Hiluxku laju menyelusuri lebuhraya Utara-Selatan. Aku masuk simpang kiri menuju ke McDonald.
Aku lihat Izzat sudah berada di dalam restoran itu. Tapi berdua? Dengan siapakah Izzat? Aku memarkir kereta betul-betul di hadapan McDonald.Aku menghampiri kaunter. Tepat di belakang Izzat. Aku mencuit bahunya.
"Mir! Lama tak jumpa. Sihat?" tanganku disalaminya.
"Lama ke? Bolehlah gak." gelakku.
"Kau nak apa? Aku belanja ni." pelawa Izzat.
"Ok. Aku nak Quarter Pounder cukuplah."
"Ok. You nak makan apa?" tanya Izzat pada gadis di sebelahnya.
"Amboi! Ni sapa lak ni?" tanyaku.
"My bad. Lyana, this is Amir. Amir, this is Lyana."
"Hi Lyana. Nice to meet you." ku hulurkan tanganku.
"Nice to meet you too Amir." huluranku disambut.
Izzat memesan hidangan buat kami bertiga. Setelah membayar untuk pesanan, kami bertiga berjalan beriringan menuju ke sebuah meja di kawasan luar restoran. Izzat menarik kerusi untuk Lyana. Sesuatu yang aku kira amat mengejutkan. Tak kusangka dalam seribu tahun sekalipun Izzat akan menjadi sebegini romantis. Aku terus memerhatikan aksi mereka. Lyana gadis yang sangat cantik. Kulitnya putih mulus. Bersih tanpa ada sedikitpun kecacatan. Matanya sedikit sepet. Barangkali berdarah campuran Cina. Rambutnya lurus hitam. Potongan badannya menarik persis Miranda Kerr; model Victoria's Secret. Aku terus memerhati gelagat mereka berdua.
"Sekejap hek. Nak ambil sos. Korang berdua berboraklah dulu." Izzat meminta diri sebentar.
"Ok. Amik banyak-banyak sikit." kataku. Kemudian aku membuka mulut 'menemubual' Lyana, "Lyana, may I call you Lya?"
"Hmm, ikut suka you lah."
"Berapa lama dah kawan dengan Izzat?" soalku ibarat seorang detektif.
"Berapa lama hek? Adalah dalam 5 tahun lebih." jawabnya. 5 tahun lebih? Lama tu Izzat menyimpan rahsia. Pandainya dia. Nantilah kau Izzat. "Lamalah tu. Mind if I tanya umur you berapa?" Dia menggeleng. "Umur I 25 tahun." Oh, mudanya. Izzat dah kenal dengan awek ni sejak umur awek ni 20 tahun. Aku baru hendak menanyakan soalan seterusnya tetapi Izzat sudah tiba. "Bukan main borak lagi. Yana, you dengan Amir mengumpat sal I ke?" Lyana mengangguk sambil ketawa kecil. Bukan main lagi mereka berdua ni.
"Izzat kau apa cer? Happy ke?" tanyaku.
"Alhamdulillah. Happy je. Aku dah ada kerja yang lumayan, rumah pun ada, kereta pun dah ada. Sekarang aku dah jumpa bakal ratu hati aku. So life is fun." jawabnya. Sah, Izzat sedang asyik dilamun cinta.
"You, malulah I." bisik Lyana pada telinga Izzat tetapi aku tetap dapat menangkap butir katanya.
"So you guys, bila nak berkahwin ni? Tak sabar I nak makan nasi minyak." kataku mengusik. Ku lihat mereka berdua seolah-olah malu. Lebih baik aku balik. Tak baik rasanya kacau mereka berdua. Maka aku berlakon seolah-olah mama menelefonku, "Assalamualaikum mama. Kenapa tetiba call ni? Mama nak Mir balik hek? Oklah. Mir balik ni."
"You guys, I'm so sorry. I have to go right now. My mama called. So enjoy your food. Maybe next time kita boleh hangout together." kataku. Kemudian aku bersalaman dengan mereka. Izzat menarik aku ke tepi, menjauhi Lyana.
"Wei takkan nak balik dah?"
"Sorry sangat. Mama call tadi."
"Kau tak payah nak kelentonglah. Mama kau tak call pun. Kau tak nak kacau akukan?"
"TAu takpe. LAgipun Lyana cam malu-malu je dengan aku. Tak nak kacau daun lorh. Malam kang kita skype ke ym ke? Cam remaja-remaja dululah pulak."
"Memang kita remaja pun. Malam kang kalau free kita lepak Vanggey ok?"
"Ok. Dah pergi layan Miranda Kerr kau tu. Oklah chow. Assalamualaikum." lantas aku berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Sungguh kulihat dalam sinar mata Izzat dan Lyana, penuh dengan sinar kegembiraan, kebahagian. Izzat, Lyana kudoakan kalian bahagia hingga ke akhir hayat kelak. Aku tumpang gembira untuk kau Izzat.
Cinta sejati datang hanya sekali. Kejarlah ia, jagalah ia. Cinta ini ibarat benih yang hendak di bajai, dijaga dan dibelai. Bagi membuahkan hasilnya kelak. Selepas pucuk pertama tumbuh mekar, berbuah. Itulah cinta. Sesuatu yang perlu dijaga agar ianya mekar kelak.

NUR (BAB 9)

Hari ini aku akan menemani Adruce pergi ke bandar. Katanya hendak membeli sesuatu. Tak sangkaku bahawa satu ketika dulu aku bermain 'aci nyorok' bersama, bermain guli bersama kini bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Adruce, adik lelakiku yang berumur 25 tahun. Muda tetapi sudah berjaya. Dia adalah seorang graduan jurusan perubatan lepasan Mansoura University. 
"Kau nak beli apa lagi ni?" tanyaku.
"Entahlah. Aku nak lepak-lepak je. Nak tengok-tengok jam tangan baru kot." jawabnya.
"La, nak tengok barang hantaran, ajaklah Umaira. Awat ajak aku?" getusku.
"Adalah. Kau ni bisinglah. Asyik merungut. Camni ke orang art hek?" ejeknya.
"Takdelah. Orang art tak macam ni. AKu je macam nie Doktor Adruce." sindirku pula.
"Hantu punya abang. Dah, dah. Jom." aku hanya menurutnya sahaja. Sepanjang perjalanan ke Jaya Jusco itu, aku banyak mengelamun dan melayan diri. Menyanyi bersama irigan lagu YUNA-DAN SEBENARNYA.
'Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta,
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku'
"Amboi abang. Bukan main lagi 'oh bulan' bagai. Ingat sapa?" usik adikku.
"Ingat dekat buah hati akulah."
"Sapa Mir? Bukan nak cer dengan aku." adikku bersemangat.
"Dengan Cik Syariffah Umairah Syed Hasif." kataku sambil tertawa.
"Celaka kau. Nak makan buku lima aku?" kata Adruce sambil menunjukkan buku limanya kepadaku.
"Tak takut pun aku." kataku sambil tertawa. 

Tidak berapa lama kemudian kami tiba di destinasi. Kami masuk dari sebuah kedai ke kedai yang lain. Dari butik Guess ke butik Fossil dan seterusnya. Letih juga aku mengikutnya membeli belah. Lebih kurang macam aku sahaja. Setelah puas mata kami membeli belah, kami singgah di Baskin RObbin. 
"Kau nak belanja aku ke aku belanja kau?" tanyaku.
"Abanglah belanja adik. Sekali sekala jew abang balik. NAk gak bermanja-manja." manja setiap tutur katanya.
"Poodah. Geli aku dengar. Kaulah belanja. Kau ajak aku ikut, so kau belanja aku."
"Yelah-yelah. Aku beli jew ikut suka aku ok? Kau makan je." katanya. Aku hanya mengangguk.

Setelah puas menikmati ais-krim, kami memulakan kembali perjalanan kami. Pencarian mencari barang apa entah. Aku masuk sebentar di kedai Nokia. Baru-baru ini Nokia telah melancarkan model terbarunya iaitu N8. Dan aku memang teringinkannya. Kami masuk ke kedai itu. Sedang aku asyik membelek telefon itu, seorang jurujual datang ke arahku. "Ya encik. Encik nak cari model apa?"  Aku menoleh ke belakang. Ya ALLAH! Manisnya gadis ini. Wajahnya yang putih mulus, 
rambut hitam beralun serta kelunakan suaranya menarik perhatianku. Lenggok jalannya, potongan badannya memang ciri-ciri gadis idamanku. Aku menelan air liur. "Ya apa cik?"
"Saya tanya encik nak cari model apa? Boleh saya tolong." katanya. Aku menelan air liur. Gugup seketika.
"Hmm, actually I berminat dengan model ni. So boleh you bagitau more detail tentang model ni?" tanyaku.
"Ok. Firstly model N8 ni model paling latest. Dia juga first 12 megapixel cameraphone untuk Nokia. Ada memori dalaman sebanyak 16gb, bla, bla, bla..." aku hanya memandang wajahnya. Setiap penerangannya ibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Cantiknya dia ni. Getus hatiku.
"So encik berminat ke?" tanyanya. Aku hanya mengangguk. "Encik nak bayar pakai cash or card?"
"Bayar apa ni ye?" tanyaku.
"Encik nakkan handphone ni? Harganya RM1800. Encik dapat bluetooth handsfree."
"Ok. Sekejap ya. I nak buat call jap." aku segera mendail nombor Adruce menyuruhnya ke mari. Pabila dia sampai aku segera memberitahu kepadanya. "Beli jelah bang."
"Kang mama marah pulak. Aduh. Camne ni?"
"Abang beli jele. Kang pandailah adik pujuk mama." pujuk Adruce. Aku segera beralih ke arah gadis tadi. "I belilah." Gadis itu tersenyum. Manis. "Miss..." 
"You can call me Nur." jawabnya. "Ok miss Nur. I dah beli so takkan I tak dapat apa-apa FOC?"
"Encik akan dapat satu bluetooth handsfree." katanya.
"I nak nombor you boleh?" aku memberanikan diri bertanya.
"Oh. My mum said, jangan bagi maklumat diri pada orang yang tak dikenali." jawabnya. Aku terdiam. Ok. Takpe. 
"Ok. Macam ni if you berminat dengan offer I nak kenal you, this is my number." kataku sambil mencatit nombor telefonku pada kertas resit. Kemudian aku membayarnya menggunakan belian kredit. Aduh. Pokai aku bulan ni.
"Bukan main kau. Nak nombor awek berhabis sampai dua ribu lebih. Gilalah abang."
"Memandai je kau."
"Yelah. Awek tu dok terang sal handphone. Kau dok tenung dia atas bawah. Perangai cam haram. Mata keranjang."
"Diamlah kau. Yang penting aku dapat handphone baru." kataku. Kemudian kami pulang.

Malam itu aku makan bersama familiku di restoran Simpang Tiga. Sungguh enak. Bertambah enak pabila makan bersama seisi keluarga. Keseluruhan isi rumah Dato Ismail makan bersama di Restoran Simpang Tiga. Malam itu aku duduk di pangkin memerhatikan langit malam. langit malam ini cerah. Gugusan bintang jelas kelihatan. Sedang asyik menjamu mata dengan keindahan ciptaan Ilahi, aku terlena.

Julia! Wajahnya putih bersih dan bersinar-sinar. Dia tersenyum riang di suatu sudut. AKu bagaikan tak percaya. Ku gosok mata berkali-kali. Ya, aku tetap nampaknya. Julia yang aku sayangi. Segera aku menghampirinya.
"Ju..."
"Mir, Ju rindu sangat dekat Mir." dia hulurkan tangannya untuk kugenggam.
"Ju... Mir pun rindukan Ju sangat-sangat. Mir taknak lepaskan Ju." genggaman tanganku bertambah erat.
"Mir... Mir tahukan benda tu tak mungkin terjadi. Kita takkan dapat bersama."
"Tapi Mir sayangkan Ju. Mir tak dapat lupakan Ju walaupun Mir dengan perempuan lain. Walaupun Mir dengan Maya. Mir tetap teringatkan Ju."
"Mir, dah sampai masanya untuk Mir lepaskan Ju. Ju terseksa Mir. Tolonglah lepaskan Ju. Lupakan Ju. Ada gadis lain lebih baik untuk Mir."
"Sayang..."
"Mir, 10 tahun bukan masa sekejap. Tolonglah lepaskan Ju. Ju tak nak Mir terseksa. Walaupun Ju dah tiada, Ju tetap ada dalam hati Mir. Tapi janganlah menanti kedatangan Ju yang tak kunjung tiba ni. Ada seorang gadis untuk Mir nanti. Pasti."
Tetiba ku ternampak bayangan. Bercahaya indah. Menerangi keadaan. Mulanya ku sangka pada Julia tetapi bukan. Aku cuba memfokuskan mataku. Untuk melihatnya namun samar-samar.
"Mir masa akan tiba bilamana gadis itu akan muncul dalam diri Mir. Mir ingat yang Ju akan sentiasa di sisi Mir. Selagi mana Mir ingatkan Ju. Sekarang lepaskanlah Ju. Selagi Mir bersedih, selagi itulah Ju akan terkurung di sini."
"Ju, Mir akan lepaskan Ju. Namun Mir tetap akan kenang setiap masa kita bersama sungguhpun hanya satu semester." jawabku. Selepas itu kulihat tubuh Julia mulai hilang. Dalam samar-samar tubuhnya lenyap dari pandangan mataku.
"Mir terima kasih." ucapnya. Kemudian dia hilang sayup-sayup dari pandangan mataku.
"Julia..." jeritku.

Aku tersedar pabila telefon bimbitku berbunyi lantang lagu FICTION-AVENGED SEVENFOLD. Panggilan daripada nombor tak dikenali. Aku menjawab panggilan itu juga. 
"Assalamualaikum..." ucap pertamanya.
"Waalaikumussalam. Cari siapa?" tanyaku.
"Ni nombor Encik Amir ke?" lantas ku cam suara ini. Gayanya memanggil namaku sangat kukenali. Gadis itu. Jurujual Nokia ini. Gadis bernama NUR...

CINTA YANG TAKPASTI - momen hidup NUR I (BAB 10)

'Suatu ketika dulu, kita berdua rapat. Kau rakan karibku, kau teman sejatiku. Kau menemani aku setiap masa, kala aku sedang bersedih, kala aku sedang gembira. Kau sentiasa ada. Kau menghulurkan tisu kalaku menangis, kau bergelak tawa bersama kala aku ketawa. Kau teman sejati. Kau sentiasa di sisi. Kau masih ingat tak lagi janji kita suatu ketika dulu? Masih ingat lagi? Janji yang terperi kala kau dan aku di tepi pantai itu. Menyaksikan matahari terbenam. Saat itu kau berjanji yang suatu hari kelak kau akan jadikan aku uri hidupmu. Jadikan aku ratu hatimu. Aku ingat janjimu itu. AKu pegangnya sehingga kini. Namun kau tak kotakan janjimu. Kau pergi meninggalkan aku. Kau pergi tanpa sempat kau tunaikan impian kita, tanpa sempat kau kotakan janjimu. Kau pergi bertemu ILAHI. Aku sayangkan kau Mikhail. Kenapa kau perlu pergi . . .'

Pena diletakkan di tepi. Diari tadi di tutup. Nur meraup mukanya. Dia mencapai tisu lalu mengesat butir-butir air matanya yang mengalir. Dia terlampau merindui Mikhail, tunangnya. Mikhail pergi buat selamanya akibat kemalangan. Kemalangan yang bukan sahaja meragut nyawa Mikhail tetapi jua separuh jiwa Nur. 

Nur tak lekang dengan senyuman. Sepanjang hari dia tersenyum sehingga menimbulkan seriba satu pertanyaan kepada teman rumahnya.  "Manakan tak tersenyum semalam ada orang datang pinang dia." usik Fasya. 
"Yelakan, buah hati kesayangannya dah datang dah semalam. Patutnya bercutilah hari ni. Dating dengan abang Mikhail." sambung Fasya lagi. Mereka tertawa melihat reaksi Nur yang berubah. Pipinya kemerah-merahan menahan malu. "U guys stop it. Malulah."
Begitulah teletah Nur. Gadis berambut hitam beralun. Gadis yang mempunyai tinggi 5'4" ini sangat menarik. Teletahnya yang manja menarik hati ramai lelaki namun hanya seorang yang berjaya menambat hatinya. Jejaka yang diberi nama Mikhail; Muhammad Mikhail Irfan. Jejaka tampan yang sememangnya sama cantik dan sama padan, ibaratkan pinang dibelah dua. Usia perkenalan mereka hampir 5 tahun itu membuatkan mereka ingin segera di satukan. Takut apa mulut orang berkata. Lagi pula usia mereka bukannya semakin muda.
Telefon bimbit Nur melaungkan lagu menandakan terdapat panggilan masuk. Nur segera pergi mendapatkan telefon bimbitnya itu. "Amboi, bukan main lagi terkejar-kejar mendapatkan panggilan dari yang tersayang." usik Marissa pula.
Nur hanya menunjukkan buku limanya kepada Marissa. Marissa hanya menggeleng melihat gelagat teman serumahnya. Fasya pula tekun membaca novel yang baru sahaja dibelinya tadi. 
"Assalamualaikum." ucap tama Mikhail.
"Waalaikumussalam. Awak sihat?"
"Alhamdulillah. Awak pulak sihat?"
"Sakit sikitlah awak."
"Kenapa awak? Demam ke? Nak pergi klinik ke? Kalau nak saya datang?" itonasi Mikhail berubah resah. Nur tergelak melihat gelagat tunangnya itu. "Kenapa gelak ni awak? Ok tak?"
"Saya demam rindu awaklah. Sehari suntuk tak call saya pun."
Mikhail menghela nafas panjang. Dia berasa tenang sedikit. "Awak saja wat saya ingat awak betul-betul sakit tadi. Kalau saya tetiba terpacak depan rumah awak camne?"
"Tak nak bukakan pintu. Saya nak merajuk. Dahlah tak call pun satu harini. Sedih saya."
"Alalala... ada orang merajuklah. Awak cuba tengok kat luar." kata Mikhail. Nur lantas bangun dan melihat keluar. Cuba mencari-cari sesuatu yang dia sendiri tak tahu apa. 
"Kenapa?" tanya Nur.
"Tak ada apa-apalah. Saja je." meletus tawa Mikhail. Kemudian dia menyambung, "Tak adanya saya kat luar tu."
Nur mendengus geram. "Awak sajalah. Tak baik tau. Saya dahlah rindukan awak."
"Keluar sekarang. Saya dah nak sampai simpang rumah awak dah." 
"Taknak! KArang saya tunggu cam tunggul kayu sorang-sorang. Lagipun dah malam."
"Taknak? Betul ni? Takpelah, dah orang tak sudi nak tunggu kita."
"Bukan tak sudi tapi tak nak. Saya tau awak bohong je tu." kata Nur namun kakinya tetap melangkah keluar. Marissa dan Faysa melihat sahaja gelagat sahabat baik mereka itu.
"Awak satgi saya call balik ok? Bye." talian dimatikan.

Nur menanti di luar rumah. Dia menunggu Mikhail sambil membaca novel Cintaku Di Harajukukarangan Ramlee Awang Murshid. Nur sangat meminati karya Ramlee Awang Murshid; novelis thriller terbaik Malaysia. Antara novel karangan beliau yang berada dalam simpanan Nur ialah,Cintaku Di Harajuku, Mikhail, Tombirou dan banyak lagi. Kedengaran dari kejauhan bunyi deruman enjin motosikal Kawasaki Ninja 650R berwarna hijau milik Mikhail. Seketika kemudian Mikhail tiba di hadapan rumah Nur.
"Assalamulaikum Nur." ucap tamanya. 
Nur antara percaya atau tidak. Nur sekilas memandang jam di tangannya, jarum menunjukkan jam 10.00malam. Tak sangka Mikhail sanggup datang ke rumahnya malam begini. "Kenapa datang ni? Susahkan awak je."
"Awakkan demam. So saya nak tolong rawat awak ni." usik Mikhail.
"Awak ni kan." Nur geram.
"Ni nak suruh saya terpacak kat luar ke?" sindir Mikhail.
"Awak dah lupa undang-undang rumah ni ke?" soal Nur.
"Undang-undang yang tak membenarkan mana-mana lelaki  bukan muhrim masuk tukan?" tanya Mikhail. Nur hanya mengangguk. "Saya tau. Tapikan, takkan sampai gate ni pun tak boleh bukak?" sindir Mikhail lagi. 
Nur menepuk dahinya, "Ya ALLAH! Maaf, maaf. Saya terlupa." Nur lantas membuka pintu pagar.
"Rindu saya sangatlah tu." Mikhail memandang ke arah Nur. Nur hanya menggeleng. "Ni saya ada bawakkan untuk awak nasi goreng USA."
"How thoughtful of you Mikh. Tak menyusahkan awak ke?"
"TAklah. Tadi saya makan dekat luar. Lepas tu teringat dekat awak. Teruslah order untuk awak. Lagipun saya sure awak tak makan lagikan?" Mikhail mengenyit mata kepada Nur. Nur tersenyum. Mikhail sangat romantis. Ada sahaja kejutan yang diberikan oleh Mikhail. 
"Thanks." bungkusan nasi goreng itu bertukar tangan. "Lepas ni awak nak pergi mana?" tanya Nur.
"Nak baliklah. By the way, I'm so sorry tau sebab tak meseg or call harini. Busy sangat dengan klien tadi." 
"Naah. It's okay. Nur faham." 
Mikhail memakai kembali topi keledarnya. "Awak, saya balik dululah. Makan tau nasi tu. Tak sedap bagitau ok?"
"Nak balik dah? Sekejapnya." manja sahaja suara Nur.
"Dah malam ni. Lagipun awak ada interviewkan sok? Mesti kena bangun awal. Dah makan anti terus tidur ok?"
"Mana boleh. Nanti gemuklah saya kalau lepas makan tidur."
"Tak apa. Comel sikit." Mikhail menjawab selamba.
"Selama ni saya tak comellah?" Nur menjelir lidahnya pada Mikhail. Mikhail hanya mengangguk. Nur menyambung, "Sampai hati awak." Nur menarik muka masam.
"Merajuklah tu. Cium karang." usik Mikhail. Nur ketawa, kemudian Mikhail turut ketawa.
"Okaylah awak, saya balik dulu. Makan tau. Assalamualaikum." Mikhail menghidupkan enjin motornya, kemudian memastikan Nur sudah masuk kedalam rumah. Setelah itu barulah dia berlalu pergi.

Nur tersenyum lebar. Selepas menikmatikan makan malam, dia segera masuk ke kamarnya. Bersiap-siap untuk melelapkan mata. Walaupun masih awal lagi tetapi dia harus mendapat tidur yang secukupnya kerana esok Nur akan pergi ke sesi temuduga. Sedang dia cuba melelapkan mata, telefonnya berbunyi sekalilagi. Bunyi mesej masuk. Mesej daripada Mikhail, 
-Hai awk? Dh mkn? Sdp x? Oklah, jom msok tido. Sokkan kena bgn pagi. oklah, goodnite. Sweetdreams. I love U.-
Begitulah bunyi mesej yang diterima Nur. Malam itu Nur lena dalam senyuman.

TRAGEDI - momen-momen hidup NUR II (BAB 11)

Beginilah rutinnya setiap malam Jumaat. Walau sesibuk manapun dengan rutin
hariannya, Nur tetap akan cuba mencuri sedikit masa selepas sembahyang Maghrib
untuk membaca Surah Yaasin. Sesungguhnya dengan membaca Kalamullah itu
sudah cukup untuk meredakan ketegangan yang dirasakan.
            Selesai menghabiskan surah Yaasin, Nur segera bersiap. Malam ini dia akan keluar
bersama Mikhail. Siang tadi Mikhail amat bersemangat mengajaknya untuk sebuah makan
malam istimewa.
            “Awak, malam ni saya ambil jam 8.30 tau? Kita keluar makan ok?” ajak Mikhail.
            “Ok aje awak. Makan kat mana?”
            “Makan kat. . . adalah. Mana boleh bagitau. Tak surpriselah nanti.” Mikhail mencuba 
menyimpan rahsia.
            “Tak apalah. Saya tak suka surprise-surprise ni. Kalau awak tak bagitau, saya tak nak
pergi.” Ugut Nur.
            “Takpelah. Satgi saya datang pukul 8.30 tau. Pakai cantik-cantik. Kalau boleh pakailah

baju yang saya belikan aritu.”
“Nanti ya awak. Saya nak bersiap ni. Jumpa sekejap lagi. Assalamualaikum.” Talian

diputuskan.
Tepat jam 8.30 malam, kedengaran deruman enjin motosikal Kawasaki Ninja 650R milik
Mikhail. Nur segera turun ke bawah. Enggan membiarkan tunangnya menunggu terlalu lama.
            Motosikal tersebut laju menyelusuri jalan-jalan di kota raya. Mereka berhenti di sebuah
taman rekreasi di ibu kota. Taman itu tidak pernah lengang dek kerana fasiliti yang ada cukup
lengkap. Mikhail memegang erat tangan Nur seolah-olah enggan melepaskannya.

Nur hanya tersenyum malu.
“Awak nak burger tak?” bisik Mikhail di telinga Nur. Nur mencubit Mikhail dek tingkah

lakunya yang terlebih manja itu.
“Awak ni kan. Gatal.”
            “Manja-manja dengan girlfriend sendiri pun tak boleh ya?”
            “Boleh ja. Bagi saya burger ayam special tambah cheese satu ya.” Nur melakarkan
segaris senyuman. Mikhail hanya tersenyum melihat telatah Nur yang keanak-anakan.

Mata Mikhail menala memandang langit malam yang indah. Bintang-bintang
bergermelapan bersama dengan sang rembulan yang mengambang penuh. Suasana sungguh
romantis.
            “Awak.”
            Mikhail tak menjawab sebaliknya pandangannya masih lagi tetap di langit malam itu.
Burger dibawa ke bibir. Mikhail menyuapkan sedikit ke dalam mulutnya. Mengunyah perlahan.
            “Mikhail.”
Mikhail tersentak dek laungan Nur. “Kenapa sayang?”
            “Awak ok tak ni? Diam je dari tadi. Takut saya.”
            “Ok je sayang. Interview siang tadi macamana? Ok tak?”
            “I think I’ve nailed it.”

            “Great. Tapi jangan over confident lak.”
“Awak ni. Saja je.” Nur menarik muka.
“Muncung dah sedepa dah tu.” Tidak semena-mena Mikhail mencubit pipi tembam Nur.
Nur terpempan. “Awak ni. Jahatlah.” Nur mencubit lengan Mikhail.
Selepas makan, mereka berjalan menyelusuri kawasan taman rekreasi tersebut. Bersama
menikmati sinar sang rembulan yang indah ini. Bintang-bintang bergemerlapan, bayu malam
bertiup sepoi-sepoi bahasa. Masa yang terluang terasa bergerak perlahan.
            “Awak sayang saya tak, Nur?”
Nur terdiam. Dia hanya memerhati lama Mikhail. Kemudian dia mengangguk perlahan. Mikhail
Menarik tangan Nur. Memegangnya erat. “Saya takkan lepaskan awak pergi. Saya sayang awak
sangat-sangat.” Runtun hati Nur mendengar luahan Mikhail. Bukannya dia tak pernah luahan
hati tunangnya itu namun malam ini terasa berbeza. Mungkin akibat suasana yang damai ini
menambahkan syahdu di hati Nur.
Nur merapatkan bibirnya ke telinga Mikhail, “Saya pun sayangkan awak. Awak cinta pertama
dan terakhir saya. Awak saja yang ada dalam hati ini.” Nur merapatkan tangannya ke dada.
Dalam tak sedar Nur merembeskan air mata. Mikhail menyeka air mata itu.
            “Awak, jangan menangis ya. Saya tak nak tengok awak menangis. Saya nak awak
gembira je setiap kali bersama saya. Saya nak awak sentiasa bahagia.”
            “Saya dah cukup bahagia dapat bersama awak Mikhail.”
Mikhail tersenyum. Seketika kemudian Nur turut tersenyum. Malam yang dingin terasa hangat
dek kehangatan cinta mereka.
            “Nur.” Nur berhenti. “Kenapa awak? Letih ya?” Mikhail menggeleng.
            “Awak andai kata kalau ada apa-apa terjadi kat saya, awak jangan menangis ya? Kalau
boleh saya tak nak ada walau sebutir pun titis air mata jatuh membasahi pipi awak.”
            “Awak kenapa cakap macam tu?” Mikhail hanya tersenyum. “Saya cakap andai saja.
Andai itu kalau. Benda yang berkemungkinan.”
“Awak jangan cakap macam tu tau. Saya tak suka.”
            “Baik Cik Nur Hidayu.”
            “Macam nilah. Sayang awak.”
Selepas itu mereka pun pulang. Malam itu Nur lena dalam kegembiraan. Hatinya berbunga-bunga bahagia. Rasa cintanya makin menebal terhadap Mikhail.
Mikhail menemui Nur pada keesokkan harinya. Minggu ini boleh dikatakan hampir setiap hari mereka keluar bersama. Menghabiskan masa bersama. Setiap kali bertemu pasti Nur tanyakan mengenai persiapan majlis pernikahan mereka. Setelah hampir 3 tahun menjalani hidup sebagai tunangan orang, kini mereka bersedia untuk mengangkat hubungan cinta mereka ke tahap yang lain iaitu menjadi sepasang suami isteri yang sah. InsyaALLAH, kasih mereka akan dimeterai hujung bulan ini. Mereka sering menghabiskan masa membeli barang persiapan untuk majlis pernikahan mereka. Setiap kali mereka bertemu, pasti Mikhail akan merenung dalam wajah Nur. Memerhati dan seringkali melafazkan rasa hatinya. “Nur, Mikh sayangkan Nur sangat-sangat.” Kadangkala Mikhail mengungkap, “Saya akan sentiasa merindui awak, Nur.” Namun Nur tidak ambil pusing dengan perubahan sikap Mikhail.
Namun hari yang tak semestinya cerah hingga ke petang. Beberapa hari selepas pertemuan terakhir mereka, Nur diberitahu mengenai kematian Mikhail.
Telefon di tangan terlepas dari genggaman. Nur terduduk di penjuru tempat letak telefon. Panggilan daripada ibu bapa Mikhail. Nur hilang segala daya. Tubuhnya lemah, longlai. Nyawanya bagaikan melayang sebagaimana berita kematian Mikhail melayang ke dalam mindanya. Pipinya hangat dek titis air mata yang mengalir laju membasahi pipinya.  
Fasya cepat-cepat meletakkan kembali telefon di tempatnya manakala Marissa menenangkan Nur. Nur terdiam. Tidak terungkap sepatah pun walau ditanya berulang kali oleh Marissa dan Fasya. Yang hanya kedengaran hanyalah esakan yang semakin kuat.
Setelah suasana tenang semula, mereka menanyakan kepada Nur apa yang telah berlaku. Esakan Nur makin kuat. Dalam samar-samar esakan itu mereka dapat menangkap beberapa butir perkataan.
“Mikhail dah mati.”
Seketika kemudian telefon bordering sekali lagi. Lantas Fasya menjawab. Hancur luluh hatinya apabila mendengar berita kematian Mikhail. Fasya menghulurkan telefon kepada Nur namun Nur hanya terdiam kemudian dia menepis telefon itu. Nur lantas bangun dan laju melangkah ke biliknya. Dia tidak menghiraukan panggilan Fasya atau Marissa. Nur menghempas daun pintu biliknya. Dia menekup mukanya ke bantal. Dia menangis teresak-esak. Marissa segera menghampiri Nur. Dia memeluk erat Nur. Memberikannya kata semangat. Namun Nur terus menangis.
*****

Nur mengesat linangan air mata di pipinya. Peristiwa yang telah berlalu hampir dua tahun lalu masih segar di fikirannya. Nur menghenyakkan punggungnya ke atas katil. Di bacakan AL-FATIHAH lalu disedekahkan kepada roh ALLAHYARHAM MUHAMMAD MIKHAIL IRFAN.

YOU LOOK BEAUTIFUL (BAB 12)

Alhamdulillah! Majlis akad nikah yang di adakan di Masjid Sultan Idris Shah II berjalan dengan lancar. Selepas kami pergi ke majlis resepsi yang di adakan di Town Hall Ipoh; bersebelahan dengan Masjid Sultan Idris Shah II.

Saat aku sedang sibuk melayan tetamu, aku terlihat kelibat seseorang yang aku kenali. Kalau tak silap aku, kelibat itu ialah Nur. Gadis N8 itu. Ya, aku pasti itu adalah dia. Namun belum sempat aku mahu menegurnya, dia sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin hanya bayanganku semata.
            Majlis resepsi pihak wanita berjalan dengan lancar. Kunjungan tetamu yang tak putus-putus kekadang membuatkan aku sedikit cuak. Cuak kenapa? Cuak andai-andai makanan yang disediakan pihak katerer tidak mencukupi. Namun Alhamdulillah, makanan yang ditempah untuk 1500 tetamu mencukupi. Jam ditangan menunjukkan sudah hampir jam 4.00 petang. Kunjungan tetami makin menyurut. Aku menarik nafas lega kerana hampir 4 jam aku sibuk ke hulu, ke hilir melayan tetamu dan sesekali melihat persiapan makanan. Aku segera menghampiri pasangan mempelai itu.
“Congratulation Muhammad Amir Adruce and Syariffah Umaira Syed Hasif.” Aku menghulurkan tanganku kepada mereka berdua.
“Thanks bro. Aku dah. Kau bila lagi?” sindir Adruce.
Aku terdiam sebentar. Kemudian aku menyambung, “Dah tak ada yang nak. Aku nak buat macam mana?”
“Abang yang memilih sangat.” Komen Umaira.

“Ye kot…” aku tertawa. Seketika kemudian tawaku bersambung dengan tawa mereka.
            Umaira meminta diri terlebih dahulu. Dia segera mendapatkan rakan-rakannya. Aku lihat mereka saling berpelukan melepaskan rindu yang lama.
Adruce menyikuku. “Tu bukan awek N8 ke?” tunjuk Adruce kepadaku.
“Haahlah. Awek tu. Nur namanya. Patutlah aku Nampak macam Nampak dia tadi.”
“Jap aku suh Umaira panggilkan *deme.”
“Wei Ed tak payahlah…” sebelum sempat aku menghabiskan ayatku, Adruce sudah terlebih dahulu pergi ke arah mereka. Aku menepuk dahiku. Apalah dapat adik perangai macam ni.
“Hai semua?” ucap tama Adruce.
“You guys, this is my dearest hubby, Amir Adruce.” Umairah memperkenalkan Adruce kepada rakan-rakannya.
“There is someone I would like you guys to meet.”  Adruce memanggil aku supaya bersama mereka.
Aku mengucapkan salam kepada mereka. Aku lihat wajah mereka satu-satu. Ya, itu dia Nur; gadis N8. Aku lihat mukanya tetiba merona merah. Sesekali dia tertunduk. Terdapat empat orang rakan Umaira termasuklah Nur iaitu Kamila; gadis tinggi lampai yang rupanya persis Heliza AF, Nadia; gadis yang mempunyai lesung pipit yang menawan, Maya; gadis berbadan yang gempal namun sungguh hebat bergaya dan yang terakhir sekali gadis N8 itu; Nur Hidayu. Nur Hidayu; nama yang bererti Cahaya Petunjuk, kalau aku tak salah.
“Hai? Saya Nur Hidayu. Panggil saja Ayu.” Kenapa dia memperkenalkan dirinya sebagai Ayu dan bukannya Nur?

 “Hai semua. Saya Muhammad Amir Amsyar.” Aku memperkenalkan diriku.
Kami mulai berborak mengenai pasangan mempelai ini. Kekadang kami mengusik Adruce dan Umairah. Aku lihat muka pasangan mempelai itu merona merah. Pasti darah menyerbu ke muka mereka menahan malu dek usikan kami.
“Guys, you have to excuse us for a moment. Mama panggil.” Kata Umairah. Aku lihat Umairah menarik tangan Adruce membawanya pergi. Kami tertawa melihat teletah mereka berdua.
Kami berborak dan bercerita mengenai hal kerjaya dan sebagainya. Kini baruku tahu bahawa Nur merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media. Tetapi kenapa dia hanya bekerja sebagai seorang jurujual di kedai telekomunikasi Exclusive sahaja?
“Amir, kami nak balik dululah. I ada something urgent yang nak kena uruskan.” Kata Kamila.
“Semua nak balik ke?” tanyaku kepada mereka.
“I dan Maya tumpang Kamila, so kitaorang balik sekali.” Terang Nadia.
“Ayu? Balik tak?” Tanya Kamila. Nur menggeleng. Katanya dia hendak berbual dengan Umairah yang sudah lama tidak ketemu.
“Amir, we have to go. Assalamualaikum.” Ucap selamat Kamila.
“Nice meeting you, handsome boy.” Usik Nadia. Pipiku merona merah. Mereka tertawa melihat gelagatku.
Mereka bertiga pergi mendapatkan Umairah dan Adruce. Mengucapkan tahniah dan selamat, kemudian mereka beransur pergi. Kini tinggal aku dan Nur sahaja. Kebanyakan masa kami hanya berdiam diri. Sepatah yang kutanya, sepatah juga jawapan yang diberikannya.
“Nur, you macam malu-malu je dengan I?”
Nur menggelengkan kepalanya. Tidak kedengaran pun ditelingaku jawapannya.
“I dahagalah. I nak pergi ambil air. You nak tak?” tanyaku. Nur mengangguk sahaja.
Aku pelik juga dengan sikapnya. Bekas pelajar jurusan Masscom seharusnya petah berbicara dan bukannya hanya tertunduk malu namun dia tidak seperti itu. Tetapi masa bersama rakan-rakannya tadi bukan main petah. Mungkin disebabkan bersama aku dia mula berperangai begitu. Dia sukakan akukah? Aah! Amir jangan perasanlah.
“Nur, air awak.” Aku menghulurkan segelas air Oren Istana; campuran jus oren dan juga sirap.
“Thank you.” Gelas itu bertukar tangan. “Amir handphone tu ok tak?” tanyanya.
“Handphone tu? Ok je. Function dia best.” Kataku sambil menunjukkan jari ibuku.
“Good. I takut tak sesuai pulak.”
“The phone is marvelous. I don’t have to bring my DSLR anymore.” Kataku sambil tertawa. Dia juga tertwa.
“Maybe I should buy the same phone as well.” Katanya.
“What? Kenapa?  You pakai handphone apa?” tanyaku.
“Right now, I’m using SE Satio.” Katanya sambil menunjukkan telefonnya kepadaku.
“You kerja dekat company Nokia but you pun tak pakai brand Nokia?” aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Hahaha. Why? Are you surprised?” tanyanya. Aku menggangguk.
“I baru je sebulan kerja dekat Exclusive Telecommunication. Before this I kerja dekat company lain.”
“Oh.”
Kemudian suasana kembali senyap. Tiada lagi butir bicara antara kami. Aduh. Parahlah macam ni. Asyik senyap je. Aku harus memecahkan kebuntuan ini.
“You buat apa je?” tanyanya.
Aku baru nak memulakan bicara alih-alih dia dah buka dulu. Okalah tu.
“I ada company kecil.”
“What kind of company?”
“Buat banner, kad, logo.” Jawabku.
“So you ni orang senilah? Dulu university mana? Lim Kok Wing?”
“Nope. I student UiTM…  School of Art Uitm. Majoring in Fine Art.”
“Fine Art student, tapi macamana boleh ke grafik ni?”
“I buat company tu dengan my housemate yang juga budak batch I kat UiTM  Melaka. Diaorang sume budak grafik. So I join je. Besides I pun boleh jugaklah guna Photoshop dan AI. So I joinlah.”
“You ada buat painting tak?” tanyanya.
“Ada. Kenapa? You nak beli ke?” tanyaku kembali.
“I nak you buat potret boleh? And how much do I need to pay?”
“Boleh je. Pe-pe you boleh contact I. This is my card.” Kataku sambil menghulurkan kad namaku kepadanya.
ARTO Movement? Ni apa ni?”
“Lupa pulak nak mention nama ni. ARTO Movement ni grup kitaorang. Bebudak Fine Art batch I time kat UiTM dulu. Kitaorang ada buat exhibition juga. Tapi sekadar galeri-galeri kecillah. Nak masuk BSLNGaleri Petronas belum lagilah.” Terangku panjang lebar.
“Oklah tu. I suka tengok orang buat tapi nak buat cam takut-takut je.”
“Don’t be afraid. Art is about enjoying oneself. So if you nak buat, just do it. Don’t be afraid. Just enjoy yourself while doing it.”
“Maybe one day you can teach me?” tanyanya.
Ada peluanglah. Ini satu opening untuk berkenalan dengan lebih rapat. Kena ambil ni. Bukan selalu peluang terbuka sebegini luas. “Sure Nur. Anything for an art lover.” Kataku.
“Amboi bukan main lagi rancak korang berbual ya?” aku tersentak.
“Ed. Mana Umairah?” tanyaku berdalih.
“Ada kat sana.” Jawabnya sambil menunjuk ke arah pentas. “Jom Amir. Bergambar keluarga.” Ajaknya. Aku memandang ke arah Nur. Kemudian Adruce menyambung, “Ayu, Umairah ajak you sekali. Jomlah.” Ajak Adruce sambil mengutum senyuman kepada Nur.
Sesi bergambar pun bermula. Kami menggunakan khidmat Zilee Photography yang juga merupakan rakan kuliahku, Fatin Nazihah Rosli. Mujurlah aku ramai kenalan yang masing-masing berbakat dalam pelbagai bidang.
Pada mulanya Nur seperti malu-malu untuk bergambar bersama kerana dia bukan sebahagian keluarga besar kami namun Umairah tetap menyuruhnya bergambar bersama. Sepanjang sesi bergambar, Nur sentiasa berada di sebelahku. Aku dapat rasakan kehangatan tubuhnya. Kekadang aku lihat mukanya merona merah. 
“Ok semua. Pandang kamera. 1, 2, 3…” butang shutter ditekan.
Sekarang sudah jam 5.00 petang. Keadaan dewan mulai lenggang. Pihak katerer sudah mulai mengemas barangan katering. Pinggan-pinggan sudah tersusun di dalam lori. Yang tinggal hanyalah beberapa set buffet yang masih terisi saki baki lauk.
Aku lihat Nur sedang asyik berbual dengan Umairah. Seketika kemudian mereka berpelukan. Aku fikir pasti Nur ingin pulang. Tanpa berlengah lagi aku segera merapati mereka.
“Nur dah nak balik ke?”
“Yup. Dah lewat lagipun.” Jawabnya.
“Ok. Take care. It’s nice meeting you.” Ucapku.
“Thank you. I pergi dulu ya.”
“Ok. Take care.” Aku menghulurkan tanganku. Huluran tanganku disambutnya. Sungguh lembut tangannya.
“Nur, I almost forget to tell you one important detail.”
“Apa?” tanyanya.
“You look beautiful.” Kataku. Kulihat dia tersipu-sipu malu. Kemudian dia terus pergi.
‘You look beautiful. Amir, Amir. You are indeed a real player.’ Getus hatiku. Tapi sungguh Nur sangat menarik hatiku. Memakai kebaya nyonya berwarna pink, beserta dengan tas tangan berona senada. Mahkotanya yang hitam, beralun. Kulitnya yang putih mulus, dilengkapi dengan lesung pipit beserta bibirnya yang mungil mampu menggoncang iman setiap lelaki dan pastinya dia telah menggoncangkan imanku. Aku pasti yang aku tak mampu melupakan senyumannya yang telah pun mencairkan hatiku ini…

I MISS YOU (BAB 13)

“Fyna pergi kejut abang. Kata kita dah nak pergi ni.”
“Baik mama.” Ujar Fyna lalu hilang di balik tabir langsir.

“Abang, bangun. Mama dah nak pergi tu.” Aku antara dengar dan tidak.
            Setelah beberapa minit, baru aku terjaga. Aku duduk termenung sebentar. Ku lihat bayanganku di dalam cermin. Meraup wajahku yang selekeh ini.
“Abang? Abang dah bangun ke belum ni?” Tanya Fyna sekali lagi.
Aku hanya mengangguk. Kemudian aku segera mencapai tualaku dan menuju ke bilik air.
“Fyna suh mama tunggu abang mandi dulu hek?”
“Fyna tak payah. Teruskan je event tu. Satgi abang datang. Jangan risau.” Kataku lalu menutup daun pintu tandas.
Letihnya bukan kepalang. Kepalaku terasa sangat berat sekali. Mataku berpinar-pinar. Sesekali terasa denyutan di kepalaku ini. Mungkin kerana terlalu letih menguruskan majlis di rumah kami pula siang tadi. Yelah, aku nikan abang ipar yang baik. Tapi yang pasti aku telah melanyak badanku secukup-cukup dua, tiga hari kebelakangan ini. Kelmarin majlis sebelah Umairah, dan hari ini majlis di sebelah Adruce.
Fuhh! Leganya tatkala air yang dingin itu mencecah kepalaku. Kedinginannya terasa hingga ke tulang hitamku ini. Kepenatan yang dirasai sebentar tadi bagaikan hilang secara tetiba. Alhamdulillah.
Aku menyarungkan kemeja hitam bersama sepasang seluar jeans berwarna pudar.A ku lihat sekilas di cermin dan aku dapati yang aku semakin kurus. Mungkin kerana terlalu letih ataupun tak cukup tidur.
Majlis potong kek yang diadakan di Hotel Syuen yang akan bermula jam 9.30 malam ini. Mama, papa, Adruce, Umairah dan juga Fyna telah pergi. Tadi aku terdengar deruman enjin Toyota Alphard kami. Yang masih belum pergi lagi ialah Mak Long, Mak Su dan juga Mak Lang. yang lain telah pergi kecuali keluarga Pak Uda. Katanya Pak Uda tidak sihat.
“Mir, kamu tak pergi lagi?” tegur Mak Long.
“Belum lagi Mak Long. Tadi saya terlelap. Mak Long dah siap ke?”
“Dah. Ni tunggu Pak Long kamulah. Lambat mengalahkan perempuan.” Kami tertawa.
Aku melihat Maria; sepupuku yang berusia 25 tahun. Anak bongsu Mak Long. Dia sangat cantik tak ubah langsung seperti Mak Long ketika muda. Itulah komen yang sering aku dengar tentang Maria tapi aku akui yang sememangnya dia sangat manis dan cantik. Rambutnya yang lurus, hidungnya yang mancung, bibirnya yang mungil. Sememangnya dia sangat cantik ditambah pula dia sangat pandai bersolek.
“Mir, tengok sapa tu?” usik Mak Long yang perasan aku asyik merenung anak bongsunya itu.
“Tengok Maria ni. Dah berpunya ke?”
“Ada ke Tanya Mak Long. Tanyalah dia sendiri. Maria ini abang Amir kamu ada benda nak tanya.” Aku tersentak dengan tindakan Mak Long itu.
Maria datang mendekatiku. “Ya abang Mir. Nak apa?”
Aku menarik tangannya. Menariknya keluar. Aku malu untuk berbual dengannya di hadapan keluarga yang lain. Dia hanya menuruti langkahku.
“Abang Mir kenapa?”
“Jangan panggil saya abanglah. Saya bukannya tua manapun.”
“Yela tak tua. Dah baya Abang Loque tau awak tu.” Jawabnya.
“Abang Loque lainlah. Mir lain. Maria sihat?”
“Sihat je. Mir macam mana? Tadi mak cakap abang nak tanya something. Mir nak tanya pe?”
“Mak tu. Mir tak ada cakap apa-apa pun.” Aku melihat ke tingkap. Mak Long dan Mak Su sedang ememrhatikan kami dari balik langsir. Aduh makcik-makcikku ini.
“Tanya jelah. Bukannya ada apa-apa pun wak.”
Aku menelan air liur. Menarik nafas seraya itu bertanyakannya, “Awak dah ada boyfriend?”
Dia mengeluh. Kemudian tertawa. Aku turut ketawa sekali bagi menahan malu. “Tu je? Awak sayang saya juga kan?”
“Mestilah. Sapa yang tak sayang cousin dia?” kataku berdalih.
“Sayang awak tu lebih dari sayang cousin. Tak payah malu-malulah awak. Mak tahu je kot yang kita dulu pernah rapat.”
Aku terkenang kenangan kami dulu. Aku sememangnya rapat dengan Maria sejak kami kecil lagi. Namun kira-kira 2 tahun yang lalu, hubungan kami bertambah rapat, sehinggalah disalah ertikan oleh Maria.
*****
“Maria, Mir sayangkan Maria namun tak lebih daripada sayang seorang abang kepada adiknya.”
“Tapi, belaian kasih sayang yang selama ni awak tunjukkan kepada saya tu apa? Takkan sayang sekadar sebagai adik dan abang?” dia meminta penjelasan daripadaku.
“Betul. Saya tak boleh terima awak lebih daripada itu. Saya tetap sayangkan awak. Sayangkan awak sebagai adik dan juga cousin saya.”
“Saya sayangkan awak Mir. Please, terimalah saya.”
“I can’t Maria. Takkan Mir nak tipu diri sendiri. Tak boleh. Mir tetap sayang dan cintakan Julia. Dia seorang sahaja.”
“Julia dah lama tak adalah awak. Dah lapan tahun dah. Belajarlah terima yang baru. Belajarlah terima saya.”
“Tak boleh Maria. Mir tetap sayangkan Julia. Hanya Julia dalam hidup Mir. Dari dulu hingga sekarang. Tiada yang lain selain dari dia. Maafkan Mir, Maira. Awak berhak dapat lelaki yang lebih hebat daripada saya. I’m so sorry.”
*****
Semenjak peristiwa itu hubungan kami mulai renggang. Mesej tak pernah berbalas, chat juga sudah tiada. Kalau tak, saban malam kami akan berchatting hingga ke pagi. Namun semenjak perisiwa itu kami mulai merenggang sehinggalah awal tahun ini. Terdapat perubahan sikap dalam dirinya. Dia mulai menegur dan bermesra denganku.
“Saya dalam proses perkenalan dengan someone.”
Aku menarik nafas lega. Bersyukur yang dia telah pun menemui seseorang.
“Sapa awak? Nanti bawak jumpa ya?”
“InsyaALLAH. Tapi sekarang dia still belajar dekat Manipal India. Final year dia.”
“Doktor? Macam Ed?” tanyaku. Dia hanya mengangguk.
“Oklah kalau macam tu. Jomlah kita pergi. Kang lambat sampai pulak. Panggil Mak Long semua. Jom gerak.”
“Alaa. Ajak gerak, macam nak bagi tumpang naik Hilux dia tu.” Usiknya. AKu hanya tertawa sambil menyorotinya masuk ke dalam rumah. Maria sememangnya mantap! Kataku di dalam hati.
Aku segera menghidupkan enjin Hiluxku. Laju kumenyelusuri jalan kota Ipoh ini. Aku hanya bersendirian. Bukannya tak mahu menumpang kereta Mak Long tetapi aku ada agendaku selepas majlis ini tamat.
Saat aku tiba majlis sudah pun bermula. Aku lihat Adruce dan Umairah sedang mengagihkan potongan kek kepada tetamu yang terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat keluarga kedua-dua belah pihak.
Aku ternampak Nur. Dia sedang bersendirian di suatu sudut dewan makan. Aku segera menghampirinya.
“Hai? How are you?”
“Oh Amir. Fine. Thank you. How about you?”
“Kinda tired. Yang lain mana? Or you datang sorang je?” tanyaku.
“Yang lain tak dapat datang. Kamilla balik rumah. Nadia dan Maya outstation.” Aku mengangguk tanda mengerti. Sesekali aku renung matanya. Aku suka mengacaunya kerana reaksinya amat menawan hati. Setiap kali mataku bertemu matanya pasti dia segera melarikan pandangannya. Kadang-kadang dia akan tertunduk.
Aku memandangnya atas bawah. Yup. Dia sangat cantik. Bergaya kasual dengan memakai kebaya pendek dengan seluar jeans hitam. Disertakan dengan clutch berwarna keemasan. Penampilannya bagi mataku sungguh bergaya.
“Is there something wrong with me Encik Muhammad Amir Amsyar?”
Aku menggeleng. Pasti dia sudah perasan yang aku sedang asyik merenungnya.
“Then kenapa tengok I macam nak makan je?”
“Nope. There is nothing wrong with how you look. But there is something wrong here.” Kataku sambil menunjukkan ke arah dadaku. Dia tertawa.
“Kenapa? Sakit ya?” usiknya.
“Taklah. Jap. Ada sesuatu kat telinga awak ni.”
“Ada apa?” tanyanya sedikit cemas.
Aku menghulurkan tanganku. Mengambil sesuatu di telinganya. Kemudian aku tunjukkan kepadanya. “Tadaa. Ada duit siling ni tersangkut dekat telinga awak.”
“Wow! You can do magic?” tanyanya sedikit teruja.
“A little. Just a simple trick.” Jawabku merendah diri.
“I wanna get some cakes. Wanna a slice?”
“Sure.” Jawabku. Kemudian aku bangun dan mendekatkan mukaku ke telinganya. Aku berbisik, “I MISS YOU.
Dia terkejut. Lalu aku terus berlalu pergi mengambil kek untuk kami.

YEAY! AKU MASIH ADA PELUANG (BAB 14)

 Selepas peristiwa di Hotel Syuen malam itu, hubungan kami mulai rapat. Kami sering berbual dan saling berbalas mesej. Walaupun jarang berjumpa namun kami tetap rapat. Namun aku kira masih terdapat lagi suatu jurang antara kami berdua.
Bosannya malam-malam begini. Famili tiada. Pergi ke rumah Mak Su di Rapat Setia. Aku pula sedang lapar. Nak masak, malasnya. Aku segera mendail 0175555552. Lambatnya dia nak angkat. Seketika kemudian, aku terdengar suaranya yang gemersik itu.
“Assalamualaikum Nur?”
“Waalaikumussalam. Ya Amir.”
“You free tak malam ni?”
“Free je. Kenapa ya?”
“You dah makan?” tanyaku.
“Dah. Kenapa Mir?”
“Boleh temankan I pergi makan?”
“Now? 11malam kot?”
“Haah, I laparlah. Besides fam I tak ada.”
“Masaklah sendiri you. Dah tua-tua pun malas lagi ke?” pedas sindirannya.
“Jom temankan I? I belanja.”
“Senang-senangnya nak sogok I ya? Ok. Belanja I Big Mac satu… jap, belanja dua Big Mac.” Katanya diikuti dengan ketawa. Ayoyo. Mampuih aku nak cekau duit ni. Dahle dalam wallet takat berapa puluh je.
“Bolehlah. Untuk Nur apa pulak yang tak bolehkan?” usikku. Kemudian aku menyambung lagi, “Another 10 minutes, I sampai.”
“You tahu ke rumah I kat mana Amir?”
“Ehh… Tak tahulah.” Jawabku sambil menggaru kepalaku yang tak gatal ni.
“Jot down the details.” Aku segera mencapai kertas dan pen.
“Laaaa. Kat Tasek. I tahu. Another 15 minutes I sampai. Bye. Assalamualaikum.”
Aku menyarungkan ke tubuhku jaket kulit hitam berserta Bermuda short aku. Kakiku dialas pula oleh Vans Prison Issues #23. Memang bergaya habis aku malam ni.
Aku terlihat kereta pertamaku. Toyota Corolla GL atau lebih dikenali dengan panggilan KE70. Apa salahnya aku bawak kereta ni pulak? Condition pun elok lagi. Enjin KE70 dihidupkan. Cantik!
Aku sampai di kawasan perumahannya. Rumahnya selang beberapa pintu dari rumah Izzat. Lepas ni bolehlah selalu datang. Aku segera menaip mesej menyuruhnya menungguku di luar.
“Wow!” kataku pabila terpandangkan Nur.
“Kenapa? Over sangat ke?” tanyanya sambil membelek-belek pakaiannya.
“Nope. Ok je.” Kataku sambil menunjukkan sign ok.
Kami segera ke restoran McDonald yang kurang 15 minit perjalanan daripada rumahnya. Sesudah dapat parkir, aku segera keluar dan membuka pintunya. Biasalah, jejaka metroseksual sememangnya begini. Romantis.
“Thanks.”
“So you nak Big Mac dua ya?”
“Tak adalah. I was just joking. One is enough.”
“Ok. So one Big Mac and one Quarter Pounder then.” Kataku sambil melakarkan segaris senyuman kepadanya. “You cari tempat duduk ya.” Kataku. Dia mengangguk lantas berlalu pergi. Mataku memandang tepat ke arahnya. Amboi. Lenggoknya sungguh mengasyikkan.
“Thank you sebab sudi temankan I makan.”
“Nope. It’s ok. Besides I dapat makan free.” Katanya sambil tertawa.
“Betul jugak tu. You tak kerja esok?”
“Nope. I ambil cuti 4 hari.” Jawabnya sambil mencecap straw Coca Cola.
“Kenapa?”
“I nak balik rumah I.”
“Rumah you dekat mana?” tanyaku sambil membuka bungkusan burger itu.
“I asal KL. TTDI. My mum and dad ada buat doa selamat.”
“Oh. I ingat you orang Ipoh. So kiranya sampai awal tahunlah?” Nur hanya mengangguk.
“I ingat nak ajak you keluar. Temankan I pergi shoot gambar.”
“Best tu, tapi I nak kena balik. Maybe some other times ok?”
“Yeah sure. Kenapa you tak duduk KL?”
“Adalah sebabnya.” Jawabnya mendatar.
“Pasal boyfriend ye?” dugaku. Tetiba riak mukanya berubah. “I’m so sorry if I offended you.”
“Naah. It’s nothing. Makanlah. Lagipun dah lewat ni.”
Selepas itu kami banyak berdiam. Sepatah yang aku tanya, sepatah juga yang dia jawab. Selesai sahaja makan, kami terus pulang. Aku memberhentikan keretaku di hadapan rumahnya. Kemudian aku keluar sebentar.
“I’m so sorry about earlier.”
“It’s ok.” Katanya sambil mengerling kea rah jam tangannya. Aku memahami maksudnya.
 “Oklah. I better get moving now. Malam pun dah lewat. You take care of yourself. Thank you again. Have a good nice sleep. Good night. Sleep tight. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. By the way, thanks for the Big Mac. Talk to you later. Bye.”
Aku menghidupkan enjin lalu segera memandu pergi. Aduh! Apa yang aku dah buat tadi? Harap-harap dia tak terasa. Kalau tak terjejas peluangku. Sebaik sahaja aku keluar dari selekoh rumahnya, satu SMS masuk.

‘Thank you for the lovely supper. :) Drive carefully ok. If you need anything just let me know. Bye. Assalamualaikum.’

Berbunga hatiku kala membaca mesejnya. Yeah, aku masih ada peluang. Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya tersenyum sambil menyanyikan lagu-lagu jiwang. 

PELANGI SELEPAS HUJAN (BAB 15)

Hujan turun membasahi bumi Ipoh ini. Suasana sungguh sejuk dan sepi. Aku yang baru terjaga terasa seperti mahu kembali tidur. Suasananya mengasyikkan dan melenakan. Baru sahaja aku hendak terlelap, alarm telefonku berbunyi. Lantas aku bangun. Melakukan beberapa sit-up dan push-up terlebih dahulu. Begitulah rutin harianku setiap pagi. Aku lakukannya bagi mengekalkan bentuk tubuh badanku ini.
Aku lihat laptopku masih lagi terbuka. Sepanjang malam kami berchatting. Hingga ke pagi. Dia sudah bangun ke belum? Pasti dah bangunkan? Lantas ku capai telefon bimbitku, lalu mendail nombornya. Lama untuknya menjawab panggilanku. Belum bangun lagikah? Akhirnya yang menjawab hanyalah operator.
Aku baru sahaja mengatur langkah ke bilik air, namun terhenti dek bunyi deringan telefon bimbitku. Aku segera menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Amir.” Ucap pertama pemanggil itu.
“Waalaikumussalam. Is kenapa call aku pagi-pagi ni?” Pagi ke? Aku mengerling ke arah jam di tangan seimbas. Dah pukul 12.30 tengahari pun tapi tak terasa tengahari kerana keadaan masih mendung lagi.
“Pagi apanya gila? Dah tengahari dah pun. Baru bangun ke?”
“Haah. Kau call aku semata-mata nak tanya aku dah bangun ke?”
“Taklah. Ni, jangan lupa esok ada meeting. Kau balik petang nikan?”
“Wei, aku balik 2hb lah. Kan aku ambil cuti sampai awal tahun. Korang handlelah. Aku nak berehat ni.” Jawabku.
“Oklah. Sorry ganggu kau. Bye!” ganggang telefon dihempas. Amboi, bukan main marah lagi si Is ni. Lantaklah. Aku nak berehat.
Aku segera mandi dan bersiap-siap. Sebentar lagi aku ingin ke rumah Nur. Memberikan sedikit kejutan kepadanya.
Selepas mandi, aku melangkah ke almari untuk mengeluarkan sehelai tshirt hitam Guess yang aku akan padankan bersama dengan seluar jeans hitam Radioactive. Kemudian akanku sarungkan ke tubuhku ini dengan jaket kulitku. Aku melihat keluar tingkap. Hujan mulai berhenti. Hanya renyai-renyai. Namun mentari masih belum lagi muncul.
Aku membelek-belek tubuhku di cermin. Kacak atau tak, aku memakai baju ni. Walaupun hanya untuk keluar ke McDonald sekalipun, aku tetap akan memastikan penampilanku sentiasa bergaya demi menjaga title jejaka Metrosexual itu. Kemudian aku menyembur ke tubuhku perfume Paco Rabanne 1 Million. Bauan Cinnamon, Leather, Woodsy Notes, menyerlahkan lagi sifat maskulin.
“Amboi Mir. Nak pergi mana handsome-handsome ni?” tegur babah; Dato Ismail.
“Nak pergi rumah member jap babah.”
“Member yang mana?”
Fyna yang sedari tadi menghadap laptopnya tetiba memandangku. Dia memandangku dari hujung rambut hingga ke hujung kakiku.
“Abang nak pergi mana ni?” tanya adikku.
“Mir nak pergi rumah member. Member Mir nak balik KL. So nak jumpa dia dulu.”
“Oh. Ni mesti Kak Nur kan?” teka Fyna.
Aduh! Mana pulak budak ni tahu. Aku baru je bawak Fyna sekali keluar dengan Nur. “Haah. Kak Nur.” Babah ketawa melihat reaksiku. “Oh. Kawan Umairah tu ye? Lain kali ajaklah datang rumah.”
“InsyaALLAH babah. Mir pergi dulu ya.” Kataku lalu menyalami Babah.
Enjin Toyota Hilux dihidupkan lalu kutekan pedal minyaknya laju. Aku mencapai Bluetooth handset lalu kupakainya. Kemudian aku mencari-cari nama Nur. Kudail nombornya. Sejurus kemudian panggilanku terjawab.
“Assalamualaikum Amir. Sorry tak jawab tadi.”
“Waalaikumussalam. It’s ok. You kat mana?”
“Kat rumah. Ingat nak balik hari ni. Tapi hujan pulak. You kat mana?”
“I’m on my way to your house.” Jawabku selamba.
“What? Really?” tanyanya terkejut.
“Haah. I nak ajak you pergi lunch.”
“Ok.” Jawabnya. Kemudian talian di matikan.
Setibanya aku di rumahnya, hujan mulai lebat kembali. Dentuman guruh bergema di sekalian alam. Aku berhenti di hadapan rumahnya. Sesekali kulihat dia menekup telinganya kala guruh berdetum. Aku mengambil payung di tempat duduk belakang. Aku segera turun mengambilnya.
“Thanks Mir.” Nur berterima kasih padaku tatkala dia berada di bawah payungku itu.
Guruh berdetum, kilat sambar-menyambar di langit. Dia menekup telinganya. Aku menariknya rapat ke tubuhku. Tiba-tiba guruh berdetum kuat, seolah-olah sebiji bom meletup disebelahnya. Nur terus memelukku. Aku terkejut, Nur terpempan. Dia menarik tangannya kembali.
“Mir, I’m so sorry.” Ucap Nur sebaik aku menutup pintuku.
“Kenapa?” aku berpura-pura tak tahu.
“Yang tadi tu.” Ucapnya malu.
“Yang mana ni? You buat apa tadi?”
“Yang I terpeluk you tu.” Katanya perlahan antara dengar tak dengar.
“Oh. It’s ok. Nothing biggie.” Jawabku selamba. Lelaki mana yang akan marah kalau perempuan secantik Nur memeluknya?
Nur masih lagi malu. Dia menundukkan kepalanya. Mengelakkan aku daripada memerhatikan wajahnya yang merona merah itu. Aku lihat dia menggigil sedikit. Pasti sejuk. Aku menanggalkan jaketku lalu kusarung ke tubuhnya. Dia tersentak dengan tindakanku.
“It’s ok. Pakailah. Lagipun you sejuk.” Kataku.
“Thank you very much.” Kaanya lalu menarik rapat jaketku ke tubuhnya.
Aku menekan pedal minyak. Laju kereta menyelusuri jalan raya Ipoh. Aku tidak tahu mahu ke mana dalam keadaan hujan begini. Lagipun dengan guruh yang masih berdetum dan kilat sambar-menyambar, membuatkan aku buntu hendak ke mana. Dalam suasana sejuk begini mungkin tempat yang terbaik adalah Old Town White Coffee yang menghidangkan minuman panas seperti White Coffee yang sungguh kaya dengan rasa kopi yang segar.
“Kita pergi Old Town boleh?” tanyaku namun tidak dijawab. Aku memandangnya, sungguh dia sudah terlena. Aku membuat lencongan dan terus memandu ke arah Mc Donald. Hujan masih lebat lagi, lalu aku memasuki Drive-tru sahaja. Aku memesan dua set Big Mac untuk kami. Aku ingin menanyakan kepadanya tetapi aku tak sampai hati hendak mengejutkannya yang sedang lena diulit mimpi.
Aku memandu terus ke rumahnya. Sebaik sahaja kereta tiba di hadapan rumahnya, dia terjaga.
“Puas tidur?” usikku.
“Lama ke I tertidur?”
“Taklah lama sangat. Adalah sepanjang perjalanan ni.” Tawaku.
Dia menampar tanganku. “Mir. Malulah I.”
Aku hanya tergelak memerhatikan tingkah lakunya. Manja sekali. “Hujan lebat lagi ni. So, sudilah kiranya kita makan di dalam ni Cik Nur Hidayu?”
Dia tertawa dengan pertanyaanku itu. Kemudian dia mengangguk tanda ya.
“I hope you wouldn’t mind makan Big Mac?” kataku sambil menyuakan burger itu kepadanya.
“It’s ok. It’s my favorite afterall.”
Kami pun menikmati makan tengahari di dalam keretaku ini. Saat itu sungguh romantis dan akan sentiasa tersemat di dalam hatiku ini.
“Nur, bila you nak balik KL? Esok ke?”
“Maybelah. Tak pun petang ni. Kalau hujan dah berhenti, I baliklah.” Kemudian dia menyambung, “ Kenapa? You nak temankan I ke?” tanyanya.
“Boleh je.” Jawabku.
“Tak payahlah susah-susah Encik Muhammad Amir Amsyar. Kesian you nanti.”
“KL dengan Ipoh bukan jauh mana pun. Lagipun I dah biasa ulang alik ni.”
“Oh. Takpalah. Kenapa you nak tinggal kat KL? Tak nak duduk kat Ipoh?”
“Bukan I tak nak duduk kat Ipoh, tapi komitmen I kat KL. Company I tu. Tapi someday I akan balik Ipoh balik. For the time being, biarlah I ulang-alik.” Jawabku. Dia terdiam. “You kenapa tak tinggal dengan family you kat KL?” tanyaku.
“Adalah sebabnya. Maybe someday you akan tahu.”
“I will remember that. Someday I akan minta dekat you.” Usikku.
“Can I ask you something?”
“Yeah, sure.” Jawabku acuh tak acuh.
“Kenapa you baik sangat dengan I?”
Aku terdiam. Aku hanya memerhatikan wajahnya yang manis itu. Aku tersenyum kepadanya namun dia tetap dengan wajah selambanya. Dia tetap masih menunggu jawapanku. Aku melakarkan segaris senyuman lagi. Aku merapatkan wajahku ke wajahnya, kemudian aku membisikkan sesuatu, “Cik Nur Hidayu, rahsia di hati tiada siapa yang tahu.”
Dia cepat-cepat menjarakkan dirinya dengan aku dan menyambung suapannya. Aku terus merenungnya kemudian tatkala tersedar, dia segera melarikan pandangannya dariku.
Usai selesai makan, hujan pun berhenti. Aku membuka pintunya. Aku mencapai tangannya. Lalu ku genggam erat. Aku lihat pipi Nur merona merah. Dia tidak menarik kembali tangan sebaliknya membiarkan sahaja genggamannya dalam genggamanku.
“Thank you sebab sudi temankan I. Nanti before balik, let me know ok? Take care.”
“You too Amir. Take care.”

AKU MELEPASKAN KAU PERGI (BAB 16)

‘Amir, I’m off to KL. Take care. Assalamualaikum.’
Begitulah bunyi mesej yang di hantar oleh Nur lewat petang ini. Aku ingin menelefonnya tetapi aku pasti dia sedang memandu maka aku hanya mampu menghantar mesej mengucapkannya selamat disamping berdoa sahaja agar dirinya selamat. Aminnnnn!
Malam ini, babah tiada di rumah. Yang ada hanyalah mama dan juga Fyna. Selesai makan malam, aku keluar sebentar. Hendak menghirup udara segar seketika sebelum ‘mencemarkannya’. Itulah satu tabiat yang sukar aku hilangkan. Lebih-lebih lagi sejak ketiadaan Julia dalam hidupku.
Berkepul-kepul asap ku hembus ke udara. Bukannya aku tak tahu akan bahaya merokok, namun ini merupakan suatu ketagihan yang tak mampu aku kurangkan. Aku ingat lagi apa yang Adruce pernah beritahuku.
*****
“Cigarette smoke contains over 4000 chemicals, including 43 known carcinogenic compounds and 400 other toxins. These include nicotine, tar, carbon monoxide, as well as formaldehyde, ammonia, hydrogen cyanide, arsenic and DDT.” Terang Adruce panjang lebar.
“Excuse me Doctor Ed, what is DDT? Please, enlighten me.” Sindirku.
“Ada ke nak sindir aku? Ok. DDT is an acronym for dichlorodiphenyltrichloroethane which is one of the most well-known synthetic pesticides.” kemudian dia menyambung, “Formaldehyde is an organic compound with the formula CH2O. Nama lainnya ada methanal ataupun formalin. Dan semua yang aku sebut tu merbahaya untuk badan kau.” Dia mengambil sebuah buku lalu diberikan kepadaku. “Kau baca buku ni. Dia ada ceritakan semuanya pasal rokok ni.” Buku ‘Cigarettes:What the Warning Label Doesn’t Tell You’ bertukar tangan.
“InsyaALLAH nanti aku baca. Thanks bro.”
“Jangan tak baca pula. Aku beli buku tu mahal.” Katanya lalu tertawa.
*****
Aku pun tak pasti di mana buku itu sekarang. Pasti berhabuk dek ditinggalkan tanpa terusik buat sekalian kalinya.
 Dunhill Light kedua aku nyalakan dan kusua ke mulutku. Aku menghembuskan kepulan asap ke udara. Aku rasa pasti nyamuk takut untuk mendekatiku. Aku tertawa sendirian. Aku menyelak buku Art Diary; buku sketch bersaiz A5 setebal 100 muka surat. Di situ aku lakarkan pelbagai ide untuk projek terbaruku, lirik lagu ciptaanku dan juga puisi-puisiku.
Malam ni suasana sungguh nyaman. Langit dipenuhi oleh bintang-bintang gemerlapan. Cuma sang rembulan tak kelihatan dek dilindung awan. Aku bersyukur dapat tinggal di kawasan Kampung Manjoi ini. Malamnya tenang, kadangkala kedengaran desis-desis cengkerik. Terasa diri ini dekat dengan alam sekitar. Lagi-lagi kawasan rumahku ini penuh dengan pokok-pokok besar seperti pokok durian dan rambutan.
Sang rembulan menjelmakan dirinya. Menerangi malam yang gelap ini. Lantas rokok yang tinggal separuh ini kucucuh. Mood menulis tiba. Jiwa dipenuhi dengan madah-madah seni. Pen di tangan berlari laju.
Angin malam sepoi-sepoi bahasa
Pohon-pohon bergoyang-goyang
Sang pungguk memanggil-manggil kekasihnya,
Sang rembulan, kemana kau pergi?
Aku merindui dirimu
Jangan pernah kau tinggalkan aku
Aku tak mampu bersendiri
Menghadapi malam yang gelita ini.
Aku ketakutan
Aku kesepian
Pulanglah wahai sang rembulan
Kekasihmu ini sedang merintih
Menangisi pemergianmu
Kau pergi kala aku memerlukan dirimu
Aku merayu, tolonglah kembali
Kembali ke pangkuanku
Agar aku mampu tersenyum kembali.

Terasa sebak di dada ini. Julia aku masih merinduimu. Sungguhpun aku dah berjumpa Nur, namun aku tetap merinduimu. Aku masih teringat akan dirimu.
Aku kuatkan semangatku. Julia merupakan cerita lamaku. Cerita sepuluh tahun lalu. Memang aku takkan mampu melupakan dirimu, namun aku tak mahu terikat dengan dirimu. Tetiba aku teringatkan bait-bait lirik ini.
How do I live without the ones I love?
Time still turns the pages of the book it’s burned.
Place and time always on my mind.
I have so much to say but you’re so far away.
Aku mengesat pipiku yang terasa hangat dek linangan air mata. Aku menyandarkan tubuhku di pangkin. Memandang ke arah langit. Melihat ciptaan TUHAN mampu memberikan ketenangan dalam diri yang kacau.
“Amir, bangun.”
Mataku tercelik dan aku terkejut dengan apa yang aku lihat. Aku menggosok-gosok mataku. Aku antara percaya dan tidak. Di hadapan adalah Julia. Dia sungguh cantik, pakaiannya putih, rambutnya lurus. Aku terkelu seketika.
“Assalamualaikum Amir.” Ucapnya.
“Waalaikumussalam.”
“Mir apa khabar? Sihat?”
“Sihat. Ju pulak?” tanyaku sedikit gagap.
“Ju ok je. Mir, Ju nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sebab dah mampu untuk bergembira. Dah mampu untuk hidup tanpa Ju.”
“Tapi selagi roh bersatu dengan jasad, Mir takkan pernah lupakan Ju.”
“Mir, kita akan sentiasa ingatkan kepada cinta pertama kita. Tapi biarlah ada batasannya. Cintailah ALLAH swt dan cintailah RASULLAH saw itu perlu lebih tinggi dari rasa Mir cintakan Ju. Ingat tu Mir. Ju sentiasa ada di dalam diri Mir, di dalam hati Mir asalkan Mir sentiasa ingatkan Ju. Selagi kenangan kita wujud, selagi itulah Ju ada.” Julia terhenti seketika. Aku dapat lihat titis air mata membasahi pipinya. “Mir sayangilah Nur sepenuhnya. Janganlah Mir ragu-ragu. Dan janganlah Mir membandingkan dirinya dengan diri Ju. Mulakan hidup baru.”
“Tapi Ju, Mir tak mampu.” Aku tertunduk. Mataku berair.
Julia menghampiriku. Tangannya menggenggam erat tanganku. Mata kami bertentangan. “Mir, mulakan hidup baru. Tolonglah, dah sampai masanya Amir bergembira. Mir ingat tak apa yang Ju tulis?”
Aku menggelengkan kepalaku. Sukar untuk aku menangkap maksudnya.
“Ju taknak Mir yang Ju sangat sayangi ni susah hati dan bersedih. Ingat tak?” aku hanya mengangguk. Kemudian dia menyambung, “Ju tak sanggup nak lihat Mir bersedih hati. Sebab tu Ju nak Mir bergembira. Live your life to the fullest. Boleh sayang? Janji dengan Ju yang Mir takkan bersedih untuk Ju. Can you promise me?”
Aku terdiam. Aku masih lagi tertunduk. Tak mampu untukku renung wajahnya.
“Mir, please. Berjanji dengan Ju?” akhirnya aku mengalah. Aku melafazkan janjiku kepadanya. “Mir janji yang Mir takkan bersedih lagi namun Mir takkan pernah lupakan kenangan kita bersama.”
“Terima kasih Amir. Terima kasih Muhammad Amir Amsyar. Sampai di sini sahajalah pertemuan kita buat kali yang terakhir. Selamat tinggal sayang.” 
Julia mulai menghilang. Seketika kemudian tiada apa-apa pun yang berada di hadapanku. Aku mencubit pipiku. Ouch! Ya, aku bukan berada di alam mimpi. Aku berada di alam nyata. Tetapi ianya terasa seperti khayalan. Walaupun khayalan namun genggamannya terasa benar. Aahh! Takpelah. Yang penting aku telah membuat satu janji dengan arwah Julia. Yang aku takkan bersedih lagi kerana dan aku akan live my life to the fullest. Namun sayang, aku tetap akan mengingati dirimu kerna kau sentiasa ada tempat dalam hatiku.



PAGI YANG INDAH (BAB 17)

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR…
Laungan azan subuh mengejutkan aku. Jarang benar aku terjaga tepat pada masanya. Biasanya aku akan bersembahyang subuh di penghujung waktu namun pagi ini tidak. Lantas aku bangun, segera melangkah ke tandas untuk mempersiapkan diri bagi bertemu ALLAH swt dan mengambil wuduk. 
Aku menyarungkan ke tubuhku sehelai baju melayu berwarna lavender dengan kain pelikat. Walaupun sudah seminggu aku menjejak kaki ke Ipoh ini, aku tidak berkesempatan lagi untuk berjemaah di surau. Aku memaklumkan pada mama akan niatku dan aku segera pergi ke surau dengan menaiki kereta Toyota Corolla GL ku itu.
ALLAHUAKBAR… Takbiratul ihram di angkat. Saat imam membacakan surah Al-Fatihah, hatiku runtun. Aku terlalu sayu.
  1. 1.      Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
  2. 2.      Segala puji bagi ALLAH, Tuhan (Yang Mendidik) semesta alam.
  3. 3.      Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. 4.      Lagi Mempunyai hari pembalasan
  5. 5.      Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan
  6. 6.      Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
  7. 7.      Iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat-nikmat kepada mereka. Sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukanlah orang-orang yang sesat.
AMIN…
ASSALAMUALAIKUM WBT, ASSALAMUALAIKUM WBT…
Salam diberikan. Selepas berzikir, kami pun berdoa. Dalam aku mengaminkan bacaan doa imam, aku sendiri berdoa kepada ALLAH swt,
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kau ampunilah segala dosaku, dosa ibu bapaku, dosa guru-guruku dan seterusnya dosa seluruh umat Muslimin dan Muslimat.
Ya ALLAH,
Kau kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani dan menyayangiku sewaktu aku masih kecil. Kau peliharalah mereka daripada sebarang kecelakaan dan azab siksa-Mu.
Ya ALLAH, Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat,
Kau dengarilah seluruh doa dan permintaanku kepadamu Ya ALLAH. Kau berkatilah segala amalan-amalanku, rezeki dan segalanya yang telah aku lakukan untuk-Mu Ya ALLAH. Kau permurahkanlah rezekimu ke atas diriku dan juga seluruh keluarga.
Ya ALLAH, aku ni tak layak untuk ke syurga-Mu namun aku tak mampu untuk menanggung siksa azab neraku-Mu. Maka Ya ALLAH, Kau tempatkanlah aku, Kau naikkanlah darjatku ke tahap yang lebih baik. Semoga aku mati kelak dalam kesejahteraan-Mu Ya ALLAH.
Ya ALLAH,
Kau berikanlah petunjuk kepadaku Ya ALLAH. Aku ini sedang keliru. Kau tetapkan hati dan imanku di jalan-Mu Ya ALLAH. Jika benar Nur adalah yang terbaik untukku, Kau berikanlah petunjuk.
Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kau tempatkanlah arwah Julia di kalangan hamba-hambamu yang soleh dan solehah. Kau lindungilah dia daripada azab siksa neraka-Mu.
Kau makbulkanlah setiap doaku. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Melihat. Ya ALLAH, terima kasih kerana sudi mendengar keluhan dan rintihan hambmu ini.
Amin…
Pagi itu sungguh indah sekali. Aku memandu mengelilingi kawasan Kampung Manjoi. Mengimbas nostalgia kala kanak-kanak. Di sana aku selalu bermain Police and Thief, Aci nyorok  dan sebagainya. Nostalgia zaman kanak-kanak.
Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, hidungku dapat menangkap bau yang sungguh mengenakkan. Bau sambal ikan bilis. Mesti mama masak nasi lemak tu. Aku segera ke dapur. Aku dikejutkan dengan sesuatu. Fyna sedang menumis sambal ikan bilis itu. Antara percaya dan tidak. Selama ni Fyna jarang ke dapur. Inikan pula nak memasak.
“Abang, tutup mulut tu. Your jaw macam dah cecah bumi je.” Katanya sambil tertawa. Mama turut ketawa sekali.
“Mama, is it true what I’m seeing? Fyna is cooking?” tanyaku sedikit sarkastik. Mama hanya mengangguk, “Yup. Fyna is cooking her first sambal ikan bilis.”
“Mama. Apa ni?” rajuk Fyna. Kami tergelak melihat teletah Fyna yang kebudak-budakkan.
Sejurus kemudian babah masuk ke dapur. Fyna baru hendak mengadu kepada babah.
“Fyna, you actually cooking? Mama kita dah nak dapat menantu baru ke?” usik babah pula. Fyna mencebik. Mama ketawa perlahan.
Aku segera menghampiri Fyna. Kemudian aku berbisik kepadanya, “Ni Fyna masak or tukang kacau je?”
“Of course I’m the one cooking here. I’m not the sous chef today.” Katanya sambil tersenyum.
“Good. Let me try it.”
“Nope.”
“Ok. Ma, babah jomlah kita pergi depan. Biar Fyna buat sorang-sorang.” Mengajak babah dan mama ke ruang tamu.
“Korang pergilah. Dah siap nanti Fyna panggil.”
Kami bertiga duduk di ruang tamu. Babah membaca surat khabar NST seperti biasa manakala mama sibuk dengan telefon bimbitnya. Merangka jadual pada hari ini.
Aku baru teringat tentang telefon bimbitku. Lantas aku meminta diri untuk masuk ke bilikku. Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja solek. Tiga missed calls dan 2 unread messages. Laju jariku menekan butang melihat senarai pemanggil.
            1 missed calls from Gadis N8
            2 missed calls from Izzat
Aku lihat pula peti masuk mesej. Nama penghantar terakhir mesej terpapar di depan mata. Gadis N8; Ayu. Semalam jam 11.00 malam.
‘Assalamualaikum. Mir, I dah sampai rumah. Thank you sebab ingat kat I. J Good nite… Zzzzzzz’
Aku melihat jam di tangan. Baru jam 7.30pagi, pasti dia belum bangun lagi. sekejap lagi aku telefon dia lah. Namun begitu, aku tetap menghantar satu mesej kepadanya.
‘Waalaikumussalam. Sorry tak reply semalam. I dah tertidur. Have a nice day ahead. J bye.’
Sebaik butang send di tekan, mama memanggilku untuk menjamah sarapan pagi.

HAPPY BIRTHDAY! (BAB 18)

Hari ini tanggal 31hb Disember 2010. Kurang beberapa jam lagi masyarakat dunia akan menyambut tahun baru dan aku bakal menyambut hari lahirku tepat jam 12.00 tengah malam, malam ini.
Esok pagi aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku ingin pulang pada 2hb Januari tapi aku ingin berjumpa dengan Nur terlebih dahulu di sana. Maka aku akan pulang awal sedikit daripada perancangan.
“Mir nak hadiah apa?” tanya babah dan mama serentak.
“Hmm. Hadiah apa ya?”
“Ala mama, babah, tak payahlah bagi abang hadiah. Dia dah tua kot.” Kata Fyna.
“Takpelah. Bukan selalu. Setahun sekali je.” Balasku. Ada saja adikku ni. Kuat cemburu sungguh. Kemudian aku menyambung, “Bagi jelah apa-apa yang mama and babah nak bagi. Mir tak kisah sangat pun.”
“Ok. Nanti ada surprise for you ok.” Janji babah. Aku tersenyum meleret.
 Aku duduk di pangkin luar untuk merokok seketika. Walaupun familiku tahu yang aku merokok, namun aku tetap menghormati mereka. Aku takkan merokok di hadapan mereka lagi-lagi babah sangat tak menyukai orang yang merokok. Namun dia terpaksa juga menerima hakikat yang anak sulungnya ini merupakan seorang perokok.
Ku keluarkan sebatang rokok Dunhill Light. Aku letakkan ke bibirku dan nyalakan ia. Aku menarik dalam kemudian menghembuskan kepulan-kepulan asap. Sambil menghisap rokok, aku berfikir mengenai Nur. Adakah dia turut mempunyai perasaan pada diriku? Atau dia sudah berpunya? Namun dari gaya tingkah lakunya, seperti dia cuba membenarkan aku untuk menyelami ke dasar hatinya.
Mungkin juga dia mempunyai perasaan kepadaku tapi akibat kenangan lama menyebabkan dia tak mampu untuk mengiakan perasaannya. Mungkin juga?aku merangka hipotesis sendiri.
Aku asyik mengelamun sehingga tak disedari kehadiran adikku,Fyna di situ.
“Ya sayang. Kenapa?” tanyaku.
“Iyeww! Apa sayang, sayang ni? Tengah angaulah tu.”
“Sayang dengan adik pun tak boleh dah ke?” usikku.
“Apa-apalah. Abang berangan pasal apa tu? CInta ke?”
Aku terdiam. Betul sangkaan adikku. Yelah. Apa yang perlu dirahsiakan dengannya lagi. Fyna sudahpun berumur 18 tahun dan aku pasti dia sudah mempunyai perasaan sebegini.
“Taklah. Abang teringatkan kat kak Nur.”
“Kak Nur? Kawan kak Umairahkan? “ aku mengangguk. Kemudian dia menyambung lagi, “Kenapa dengan dia?”
“Abang confuse whether she have feeling for me or not.”
Dia menepuk dahinya. “Bro, come on! Don’t be silly. Just ask her. The thing is you don’t have to be afraid to TELL, someone you love them.” Perkataan TELL ditekan kuat. “Don’t ever be afraid of the answer. She might says NO or she might say YES. But nevertheless, you’ve showed courage if you tell her. And that is something you have to be proud of. Just let her know about your feeling ok?”
Betul juga kata adikku. Tak sangka adikku ada bakat untuk menjadi seorang kaunselor. “Fyna dah ada pengalaman ke ni? Cam expert je.”
“I let you a secret. When Adruce have any sorta problems with Umairah, she will always tell me first. He will always ask for my opinion.” Bangganya.
“Hekeleh. Aku selekeh gak karang kepala kau ni.” Kataku sambil menariknya ke sisiku. Namun dia menolak.
“Habiskan dulu rokok di tangan.” Aku terus membuangkan punting rokok itu.
“Now come to your brother.” Fyna duduk di sebelahku.
“Do you have a boyfriend?”
“I have plenty. There’re Ahmad, Ben, Danial, Rezza…” aku meningkah tuturnya. “What? Playgirl kea pa ni?”
“Abang cakap boyfriend? Kan saya banyak member-member lelaki. So banyaklah.” Aduh! Fyna ber’loyar’ buruk pula. Aku menarik muka masam. “Tak adalah. Belum ada lagi. Fyna taknak bercinta lagi. bukannya boleh tahan pun. Tunggu dekat U nanti.”
“Ok. So Fyna nak masuk mana nanti?”
Dia terdiam. Menggaru-garu kepala yang tak gatal itu. “Maybe nak ambil seramik kot. Tak pun ambil photography.”
“Kiranya nak masuk Art and Design lah ni?”
Fyna mengangguk, “Tapi budak Science Stream boleh dapat ke?”
“APa pulak tak boleh. Awak tu kan dulu ambil PSV jugak.” Kataku sambil mencubit hidung Fyna. Fyna mengeluh kesakitan. Aku menyambung, “Tulah nak loyar buruk sangat. Awak memanglah budak science tapi ada je ambil PSV. Camnilah, jadik lawyer le. Sesuai sangat.” Kemudian kami tertawa.
“Fyna, abang nak masuk dululah. Nak pergi sambung menulis.”
“Ok abangku sayang.”
Ku capai telefon bimbitku. Aku ingin menelefon Nur. Rindu sungguh aku kepadanya. Lagi-lagi kalau tidak dapat mendengar suaranya.
“Assalamualaikum Amir.” Kedengaran girang suaranya di hujung talian.
“Waalaikumussalam. Excited je Nur ni. Kenapa?”
“Excited ke? Tak ada apa-apalah. You sihat?”
“Batuk, batuk sikit je. Other than that, I memang cukup sihat. Dah lunch?”
“Baru je tadi. My mum masak my favorite dish.”
“And what is it?”
“Patin masak tempoyak! Sedap sangat you.”
“That’s why you are so excited? Dapat makan makanan fav lah ni.”
“Haah.” Dia tersenyum sipu.
“Nur, I miss you.” Ujarku.
“Mir, tomorrow is your birthday right? So apa-apa perancangan?” Nur mengubah topik. Seperti biasa apabila diajukan dengan soalan berkaitan emosi pasti dia akan mengelak.
“Yup. I wanna celebrate it with you.” Tuturku selamba.
“What? As in W.H.A.T. What?”
“I know how to spell what Nur. Kenapa? Tak percaya?” aku mengajuk tagline sebuah iklan yang popular satu masa dulu.
“Man. You’re hilarious. Seriously, how are you going to celebrate it with me? Via skype?”
“I balik esok. Malam tu kita jumpa boleh?”
“I can’t promise anything though.”
“It’s ok Nur. I hope you have a present for me.” Pintaku lembut.
Dia tertawa. Kemudian dia menyambung, “What are you doing?”
“Nothing. Just talking to you. What about you?”
“Multi tasking.” Jawabnya sepatah.
“Besides talking to me?”
“Updating my blog, approving a few friend request on Facebook and talking to you.”
“You really are a greedy person.” Usikku.
“Why?”
“Yelah. Dahlah on phone, update blog pastu online Facebook. Memang tamaklah.” Gelakku.
Dia turut tergelak mendengar penjelasanku. “You nikan. Saja nak bagi I senak perutlah.”
“Kenapa lak?”
“Yelah. Asal sembang dengan you je, I gelak. Memang senaklah. Lagi-lagi baru habis makan ni.” Gelaknya bersambung kembali.
Bukan main galak lagi si Nur ni.
“Nur I have to hang up ok? Berguruhlah.”
“Ok. Apa-apa text saja. Oklah. Take care tau. Esok insyaALLAH kita jumpa. Bye”
“Bye. Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
Chocolate Moist Cake dihidangkan di meja makan rumah kami. Dua lilin besar berserta dengan sembilan lilin kecil yang melambagkan 29 tahun usiaku menghiasi permukaan kek tersebut. Kami sekeluarga berkumpul kecuali Adruce dan Umairah yang masih lagi sedang bercuti. Namun kehadiran mereka tetap di rasai dek siaran langsung menerusi skype.
Happy birthday to you, happy birthday to you, Happy birthday to Amir Amsyar. Happy birthday to you
Lantas aku meniup kesemua lilin tersebut. Aku memotong dan memberi setiap slices kepada mama, babah dan juga Fyna. Malam itu terasa lama berlalu. Jarang sekali kami dapat bersama meraikan majlis hari jadiku. Biasanya aku akan menyambutnya di Vanggey ataupun Old Town White Coffee bersama rakan-rakanku. Namun tahun ini berbeza.
Babah dan mama memberikan aku sebuah kamera Lubitel 166+ manakala Fyna menghadiahkan aku seutas jam tangan Casio Edifice EF-530P. Kedua-dua hadiah ini merupakan dalam senarai top wish list ku. Akhirnya aku dapat jua kedua-duanya. Syukur Alhamdulillah.
Dalam jam 1.00 pagi, kami semua beransur ke kamar tidur masing-masing. Aku perlu tidur awal kerana aku akan menempuh perjalanan yang jauh esok.
Aku mencapai telefon bimbitku. Aku lihat terdapat lebih daripada sepuluh  unread messages. Semuanya mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Beberapa saat kemudian satu lagi mesej masuk. Daripada gadis N8.
‘Hi Amir. Selamat memasuki usia-usia emas. Jaga diri dan kesihatan. Happy birthday and may ALLAH bless you for the rest of your life. Assalamualaikum. J’  
Kemudian laju tanganku menaip mesej.
‘Thank you very much for wishing me though I’m not that old. Still belum masuk usia emas lagi yek L. I miss you…. See you tomorrow. Nur, rahsia di hati tak siapa yang tahu. Assalamualaikum.’
Kemudian aku terus hanyut dalam alam mimpiku.

I THINK I'M IN LOVE (BAB 19)

 Aku dikejutkan oleh mama dalam jam 10.00 pagi. Aku segera bersiap. Kalau boleh sebelum jam 12.00 tengahari aku mahu bertolak. Takut tersangkut dalam kesesakan.
Usai sarapan pagi, aku menyalami babah dan mama serta Fyna.
“Amir, dah sampai sana jangan lupa call mama tau?” pesan mama.
“Bawak kereta elok-elok. Jangan gopoh-gopoh sangat.” Pesan babah pula.
“Baik ma, babah. Mir ingat. Doakan Mir selamat sampai. Fyna lepas ni start kerja tau.” Kataku sambil mengusap-usap kepala Fyna. “Oklah, Mir gerak dulu. Assalamualaikum.” Kataku seraya menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.
Aku berhenti sebentar di Shell Jalan Kuala Kangsar untuk mengepam minyak. Kemudian aku menghantar mesej kepada Nur.
‘Assalamualaikum sayang. I’m on my way to KL now… doakan I ok? Take care…. J’
 Seketika kemudian telefon bimbitku berbunyi. I unread message from Gadis N8. Kutekan butangREAD,
‘Waalaikumussalam. Ok, take care Mir. J’
Perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa kira-kira dua ke tiga jam kini menjadi terlalu lama. Aku tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Tunggu punya tunggu akhirnya aku tiba jua di rumahku di Seksyen 7, Shah Alam.
Tiada satu pun kereta di rumah. Maknanya mereka semua belum pulang lagi. tak apalah, aku nak ambil masa untuk berehat sekejap.
Aku mencapai beberapa kepingan CD. Aku teringatkan CD pemberian arwah Julia. Aku merinduinya dan satu-satu cara untuk melepaskan kerinduanku ini adalah dengan mendengar lagu gubahannya.
Dalam sayup-sayup, aku terkenangkan dirinya. Dulu setiap kali aku memutarkan lagu gubahannya pasti aku akan menitiskan air mata namun kini tidak. Aku sudah bersedia melepaskannya pergi.
Dalam beberapa ketika aku pun terlena. Aku tersedar pabila dikejutkan oleh Iskandar.
“Woit Mir. Bangunlah woi. Dah maghrib.” Aku menggosok-gosok mataku.
“Bila kau balik? Dah lama ke?” tanyaku sambil menguap.
“Menguap tutup mulut der. Baru jugaklah.” Jawabnya. Aku hanya mengangguk mendengar jawapannya. “Kau bila sampai?”
“Dalam pukul 3 tadi.”
“Kau bertolak pukul berapa?”
“Pukul 11.00 pagi tadi. Tapi jam dowh. Tersangkut-sangkut aku.”
“Biasalah. Kata tahun baru. Happy birthday tau. Sorry aku lambat wish.”
“It’s ok bro. at least kau ingat.”
“Malam ni apa plan?” tanya Iskandar.
“Aku nak keluar dengan seseorang ni.”
“Awek?” aku hanya mengangguk. Tepat sekali tekaan kawanku ini. Kemudian Iskandar menyambung, “Kenalkan dengan aku.”
“Nanti ya brotha? Aku nak pergi mandi dululah. Nak bersiap-siap. Daa…”
Aku mendail nombor Nur. Memberitahunya yang aku sudah sampai dan ingin mengajaknya keluar.
“Keluar bila Mir? Sekarang?”
“Taklah. Dalam pukul 9.00 malam?”
“Boleh, tapi nak jumpa kat mana?”
“I ambil you boleh? And then kita pergi makanlah. You choose the place.”
“Ok. You ambil I and then kita pergi makan dekat Clear River Restaurant ok? Nanti I tunjukkan jalan.”
Lantas aku terus bersiap. Aku tahu perjalanan dari sini ke TTDI paling-paling cepat pun 30 minit perjalanan itupun kalau aku ikut Lebuhraya Persekutuan.
Aku melangkah kea rah almari. Mengeluarkan kemeja hitam yang bakal bergandingan dengan seluar jeans hitam. Manakala kasutku akan disarung dengan kasut Vans Zapato Del Barco yang baru beberapa bulan ku beli. Kemudian aku menyembur wangian Jean Paul Gaultier Le Male ke tubuhku. Wangian yang mempunyai bauan Vanilla, lavender, mint ini menyerlahkan lagi sifat-sifat maskulin.
Perjalanan yang memakan masa 30 minit dengn melalui Lebuhraya Persekutuan terasa begitu lama. Mungkin kerana kesesakan lalu lintas ataupun kerana aku masih lagi penat.
Tersergam indah sebuah rumah banglo di hadapan. Anak orang kaya rupanya. Kelihatan dia sudahpun menungguku di luar rumahnya.
“Assalamualaikum. Sorry lambat.” Kataku.
“Waalaikumussalam. It’s ok.”
Aku terpegun melihatnya. Nur memakai turtle neck dress berwarna kelabu. Kakinya pula disarung dengan stiletto dengan tona gelap. Rambutnya dibiarkan lepas ke tepi. Ya ALLAH, cantiknya Nur.
“Nur kita nak pergi makan dekat mana?”
“Dekat Clear River Restaurant. Kita makan seafood ya?”
“Sure.” Segaris senyuman terlakar di bibirku.
Aku ingatkan jarak antara rumahnya ke kedai tersebut jauh tetapi sebaliknya hanya kurang sepuluh minit perjalanan.
Aku membuka pintunya. Kemudian aku melihatnya atas bawah. Dia perasan akan perbuatanku.
“Am I too sexy?” tanyanya.
Aduh! Boleh pulak Nur tanya dekat aku macam tu. Mestilah sexy. Pakai legging skin tone je kot. Nasib baik dress tu bawah lutut.
“Tak sangat kot.” Aku tertawa.
“Gatallah you ni.” Katanya lalu mencubit lengan kananku. Aku mengusap-usap lenganku.
“You ni. Tak baiklah. Kesian lengan kiri I.”
“Kenapa pula?”
“Lengan kiri I jealouslah tak dibelai oleh you.”
Nur tersentak. Ayat yang diguna pakai oleh aku membawanya mengimbas kembali detik lamanya.
“Nur, I tersalah cakap ke?”
“No. it’s nothing.” Katanya sambil memandang ke arahku.
Aku mengutumkan senyuman kepada Nur. Dia membalasnya. Senyuman sungguh romantis sekali. Aku menatap wajahnya yang bersahaja. Sesekali dua mata bertamu. Dia cepat-cepat melarikan matanya daripada renunganku.
“Janganlah tenung I sampai nak terkeluar anak mata. malulah I.” pintanya.
Aku tersenyum, “Kenapa pulak?”
“Mir, you ni.”
Aku menghela nafas panjang dan kemudian aku hulurkan jariku. Aku lihat Nur seperti kurang mengerti.
“My fingers are shivering cold.”
“Oh.” Jawabnya. Dia seperti teragak-agak namun dia tetap meletakkan kelima-lima jarinya dalam genggamanku.
Saat sepuluh jari itu bertaup, aku terasa seperti suatu renjatan perasaan melanda diriku. Genggamannya cukup erat. Seperti tak mahu melepaskan aku pergi. Nur, aku takkan lepaskan genggamanku juga.
Aku tak pernah terfikir yang aku akan merasai lagi kehangatan begini setelah pemergian arwah Julia sepuluh tahun lalu. Nur Hidayu telah membangkitkan kembali perasaanku yang telah lama hilang.
“Mir…” ucapnya perlahan.
Aku menoleh ke arahnya seraya berkata, “Ya sayang.”
“Janganlah panggil I sayang. I tak sukalah.”
“Sorry Nur.” Ucapku romantis.
“Jomlah masuk. Janganlah duk tercegat je kat sini.”
Aah. Aku terlalu asyik melihatnya sehingga aku terlupa tujuan asal ke sini.
“Apa yang sedap dekat sini?” tanyaku kepadanya.
“Seafood of course!”
“Ok. Then you have to pick the menu. I ikut je.”
“Alright…. Bersiap dengan cash you.” Aku tertawa melihat gelagatnya. Sangat manja dan keanak-anakan.
Aku memanggil pelayan lalu memesan makanan. Nur memesan nasi putih untuk dua pax, seekor siakap steam, udang masak merah dan juga kalian belacan. Manakala untuk minuman pula ialah jus tembikai dan jus lobak susu.
Suasana persekitaran sangat esklusif. Di suatu sudut restoran terdapat sebuah taman. Taman yang dipenuhi dengan pepohon ros. Berhampiran taman itu terdapat pangkin dan juga sebuah kolam.
Sepuluh minit kemudian makanan kami tiba. Sedari tadi aku hanya memerhatikan dia. Bermain mata dengannya. Setiap kali mata kami bertemu, pasti dia akan melarikan matanya. Dia masih lagi malu-malu denganku.
Sikapnya yang pemalu itu mengingatkan aku kepada sikap arwah Julia. Jika dia masih hidup mungkin kini kami sudah bergelar pasangan suami isteri. Kalau ada rezeki mungkin kami sudah mempunyai seorang cahaya mata mungkin. Kenangan bersamanya terlalu sukar untuk aku hapuskan dari kotak fikiranku ini.
Kenangan. Siapa yang mampu untuk melupakan kenangan? Walau sepahit mana pun kenangan itu, pasti tetap akan diingati. Lebih-lebih lagi kenangan aku bersama dengan wanita yang aku cintai.
Namun syukur, kiniku mampu untuk melupakan segala kenangan pahit itu. Sedikit demi sedikit kenangan itu mulai hilang. Semuanya terima kasih kepada gadis yang berada di hadapanku ini. Tanpanya pasti aku akan bersedih lagi.
Ya ALLAH, aku berdoa pada-Mu. Kau perkenankanlah hubungan aku dengannya Ya ALLAH. Biarlah kami mampu hidup bahagia dunia dan akhirat.
Aku merenungnya kembali. Merenungnya dalam.
“You! Janganlah renung I lama-lama.” Tiba-tiba dia meninggikan suaranya sedikit. Pasti dia tidak senang dengan renunganku.
“Sorry. I just terpukau dengan kecantikan you.”
“Tapi janganlah sampai macam tu sekali. Malu I.”
Aku mengusap pipinya yang merona merah. “There’s nothing to be embarrassed about. You cantik. Pasti semua akan tengok you.”
Dia menundukkan sedikit muka sambil tersenyum. Malukah dia? Nur menyisir rambutnya ke belakang.
“Mir, lets eat.” Ucapnya lembut.
“Lapar ya?” Nur tertunduk malu. Aku tergelak melihatnya.
“Jom.” Aku menyeduk nasi ke dalam pinggannya dan kemudian ke pingganku.

LUAHAN HATI (BAB 20)

“Jom jalan-jalan di taman tu.” Ujarnya lembut sambil melemparkan pandangannya jauh ke arah taman.
Perasaanku berdebar-debar. Biar betul Nur ni. “Japlah Nur. I baru habis makan. Tak hadam lagi.”
Ada senyuman di wajahnya. “Kalau you sudi temankan I.”
Aduh! Aku memang akan kalah dengan pujuk rayu perempuan ni. Bunyinya penuh dengan pengharapan. Kami bertentang mata. seketika kemudian dia melarikan pandangannya.
“Biar I bayar dulu.” kataku dan kemudiannya terus berlalu ke kaunter bersama dengan bil.
Sesudah membayarnya, kami pun pergi ke taman itu. Deretan ros merah menambahkan seri taman itu. Simfoni alam yang terdiri daripada desiran pancutan air, beserta dengan desis cangkerik memeriahkan malam hari. Sungguh nyaman udara di sini.
“Kuatnya angin malam ni.” Ujarnya.
“Mmmm…you tunggu sekejap ya.” kataku.
Aku segera pergi ke tempat parker kereta. Aku datang kembali dengan membawa sehelai jaket dan juga kamera DSLR Canon Eos 500D aku. Aku menyarungkan jaket kulitku itu ke badannya.
“Eh, apa ni?”
“Apanya Nur? You kan sejuk so put the jacket on. Or you nak I peluk you?” usikku.
“Oh. No thank you En Muhammad Amir Amsyar.” Balasnya.
Kami sama-sama tertawa. Kemudian suasana antara kami sepi buat seketika. Kemudian dia pergi ke kawasan deretan bunga ros itu. Aku lihat dia asyik sekali melihat bunga ros merah itu.
“Do you like roses?”
“Haah. I really love roses. Don’t you love it?”
“Suka je. Nur, would you mind strike a few poses? “ tanyaku.
“Sure.” Dalam sekelip mata beberapa shot di ambil. Nur sangat semula jadi di hadapan kamera. Nur adalah seorang yang fotogenik. Itulah kesimpulanku.
“Nur, smile.” Butang shutter ku tekan.
“Mir, I wanna ask you something.”
“Yeah sure.”
“Why did you do all this for me?”
Aku terdiam. Memikirkan jawapan yang terbaik agar dia tidak terkejut nanti. Lagipun aku tak mahu memaksanya menerimaku.
“How I wanna put this?” aku terdiam, kemudian aku menyambung, “Nur, actually I’ve fallen in love with you. From the first time our eyes met.”
Nur terdiam. Dia hanya memerhatikan aku, seolah-olah menantikan jawapan lagi.
Aku menghulurkan jari-jemariku kepadanya. Mengharapkan dia menyambutnya. Dia menyambut huluranku.
“I’m sorry kalau semua ni dalam sekelip mata tapi that’s the truth.”
“Mir, please. Janganlah bergurau tentang benda ni.”
“I’m seriously in love with you. Walaupun pertemuan kita baru lagi, namun there’s something between us. I know it.”
Dia terdiam.
“From the very first moment kita bertemu, I dapat rasakan that you’re the one for me.”
Nur menundukkan sedikit mukanya. Mengelakkan aku dari melihat wajahnya. Namun aku Nampak jua linangan air mata membasahi pipinya. Aku menyeka air mata itu daripada tumpah lagi. Kemudian aku memegang bahunya.
“I tahu yang you tak selesa dengan I, tapi I need you to ask yourself. Adakah rasa tak selesa itu disebabkan you hate me? But I think rasa tak selesa tu mendekatkan kita. I tahu jauh di sudut hati you, ada walau sekelumit perasaan dekat I. Betulkan?” tanyaku. Dia mengangguk. Kemudian aku menyambung, “I know it. Because true love grow fonder when we are apart. I takkan paksa you. I akan bersabar menunggu you. Sebab I tahu lambat laun kita tetapkan bersatu.” Terangku panjang lebar.
“Mir, I appreciate it. Your feeling towards me.” Ucapnya perlahan.
“Jangan menangis dah. Please. Cheer up.” Pujukku.
Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Kemudian aku mencubit pipinya yang gebu.
“This is my girl. Kan comel kalau tersenyum.”
“I’m your girl ke apa ke pun, lepaslah dulu pipi I. sakit ni.” Nur merengek.
“Ops. Sorry. My bad.”
Jari-jemarinya kini sudah berada di tanganku. Aku memandang tepat ke arahnya.
“Jom balik. Dah lewat ni.” Dia hanya mengekori setiap langkahku.
Enjin Hilux dihidupkan. Kemudian aku terus menekan pedal minyak. Laju keretaku menyusup di atas Lebuhraya Persekutuan
“Mir…” panggilnya manja.
“Ya Nur.”
“Mir, are you serious?”
“Yeah sayang. I really serious about this.”
“But kita baru je kenal. You tak pernah tahu pun pasal latar belakang I and vice versa. Macam mana?”
“Kita sentiasa boleh mendalami isi hati masing-masing.”
“Tapi esok kita dah terpisah. I dekat Ipoh, you dekat KL.”
“Nur sekarangkan dunia tanpa batasan. Kita ada Skype, MSN, Yahoo! Messenger and so on. Kita still boleh berjumpa walaupun secara maya. Paling tak pun kita boleh 3G all the time.”
“But, it’s not as easy as ABC.”
“Semuanya bergantung pada individu itu juga. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalannya.”
“You masih lagi baru dalam hidup I. Usia perkenalan kita terlalu muda. Bukannya mudah…” aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya. Kemudian  aku mencuit pipinya lembut. “Sungguh I ni orang asing dalam hidup you?”
 Nur hanya mengangguk perlahan.
“Sama ada you sedar atau tak Nur, sebenarnya perasaan kita sudah ada untuk satu sama lain. hanya you je yang belum perasan akan kehadiran perasaan itu”
Nur menakup telinganya. Perilakunya seolah-olah tidak mahu untuk mendengar penjelasan aku.
“Nur, what’s wrong with you?” tanyaku cemas.
Semerta itu juga aku memberhentikan keretaku di bahu jalan dan menarik tangannya dari telinga.
“I can’t accept you sedangkan dalam hati I masih lagi ada Mikhail.” Nur menangis teresak-esak.
“Who is Mikhail, Nur? Tell me?” pujukku.
“Dia bekas tunang I. My long gone fiancĂ©.”
Aku teringat kembali perbualan aku dengan Umairah pada malam majlis memotong kek itu.
*****
“Abang, I tengok you macam seronok je dekat Ayu?”
“Ayu?”
“Nur. Kitaorang panggil dia Ayu.”
“Oh. Mana ada.” Aku cuba berselindung.
“It’s ok my dear brother. Umairah boleh tengok dari riak muka abang. Kalau abang suka kat dia pun takpa.” Dia berhenti seketika. Kemudian dia menyambung, “Dia tu selalu je bersedih. Tapi bila dengan abang, Umairah tengok dia ok sikit.”
“Kenapa dengan dia?”
“Nasib dia sama macam abang. Cuma dia kematian tunangnya; Mikhail dua tahun lalu.”
“Yeke?”
“Haah. Time tu kurang sebulan lagi dia nak bernikah. Lepas tu teruk jugalah dia. Dia berhenti kerja and terus pindah sini. Dia pindah sini sebab nak mencari ketenangan. Katanya dekat KL terlalu banyak kenangan dengan arwah.”
“Ya ALLAH. Kasihannya dia. Patutlah dia macam susah je nak reply mesej abang.”
“Tulah. Kalau abang suka kat dia, jaga dia elok-elok. Jangan bagi dia bersedih ok? Promise me?”
“Abang berjanji.”
*****
“Nur, I takkan halang you dari menyayangi arwah Mikhail.”
“You kata you suka I, tapi you tak kisah kalau sayang I terbahagi kepada dua?”
“I tak perlu takut pasal Mikhail. Dia dah tiada. And I believe he want you to have a great life ahead. Dia mesti tak mahu someone yang dia sayangi bersedih. Dia pasti nak you berbahagia.”
Nur terdiam. Dia memandang ke bawah. Mengalihkan pandangannya daripadaku.
“Nur, please. Biar I mengisi kekosongan dalam jiwa you tu. I really want it. I ikhlas, mahu mengisi kekosongan dalam diri you. As I know, you will also do the same. Mengisi kekosongan jiwa I ni.” Terangku panjang lebar.
“Tapi Mir, I tak pasti I boleh sayangkan you sepenuhnya.”
“That’s the risk I’m willing to take.” Aku menarik nafas panjang. Kemudian aku memegang bahu Nur, “Nur, I’m not going to force you to accept me but I wanna you to think about it. Think thoroughly. Tanya diri you, hati you. Adakah you boleh menerima I dalam hidup you.”
Dia mengeluh. Kepalanya dipicit perlahan. Soal perasaan sememangnya satu bebanan yang amat berat untuk ditanggungnya namun aku ada disitu untuk membantunya. Sentiasa menghulurkan tangan kepadanya.
“I hope you will give me the chance.” Kataku sambil menghulurkan tanganku kepadanya.
Huluranku disambut. Aku memandang ke arahnya. Pandanganku berbalas. Nur mengesat titis air mata yang berlinangan membasahi pipinya. Dia mengenggam erat tanganku.
“Amir, can you promise me this?” tanyanya lembut.
“Apa sayang?”
“That you will always there by my side? Supporting me.” Aku tersenyum mendengar permintaannya. Sememangnya Nur amat manja dan bersifat keanak-anakkan. Di mana sifat inilah yang telah menambat hatiku.
“Yeah sayang. I will always be there by your side. I will make you happy for the rest of your life.” Aku mengenyitkan mataku kepadanya. Dia tertunduk malu. Aku menongkah dagunya. Mata bertentang mata.
“Mir, janganlah buat macam ni. I malu.”
“Nur, will you give me the chance?”
Nur mengangguk perlahan. Aku menarik tangannya ke bibirku. Lalu ku kucupnya erat. Nur terpempan. Dia terkejut dengan tindakanku.
Aku baru terperasan riak wajahnya, “I’m so sorry Nur. Tak sengaja. Excited terlebih.”
Nur tergelak melihat riak wajahku yang serba salah. Aku menundukkan mukaku. Cuba menyembunyikan pipiku yang merona merah ini.
“Malu-malu pula Amir ni.” Terasa darah menyerbu ke mukaku. Kemudian Nur menyambung, “Tau pun malu. Macam tulah yang dia selalu buat kat kita.” Nur menjelir lidahnya ke arahku.
“Ok. Sorry. I takkan buat lagi.” aku menghela nafas. Kemudian aku menyambung, “Dahlah, jom balik. Kang your parents risau pulak.”
“Jom.” Jawabnya perlahan.
Pedal minyak ditekan. Hiluxku meluncur laju di atas Lebuhraya Persekutuan ini. Aku memberhentikan keretaku di hadapn rumahnya. AKu turun membuka pintunya.
“Nur, take care. Tidur awal tau. Good night and sweet dream. Assalamualaikum.”
“You too Amir. Drive carefully. Once home, text me ok? Good night. Waalaikumussalam.”
Setelah memastikan Nur masuk ke dalam, barulah aku bergerak pulang kerumahku di Seksyen 7, Shah Alam. Perjalanan selama 30 minit ini terasa sangat singkat. Hatiku berbunga indah. 

EPILOG

“Nur, hari ini genaplah usia perkenalan kita setahun. Banyak yang telah kita kongsi bersamakan? Segala suka-duka.” Tanganku digenggam erat oleh Nur. Aku mencari-cari sepasang anak matanya. Pandanganku berbalas. Segaris senyuman terlakar di bibirnya.

“Mir, ingat tak dulu yang you ada tanya kenapa I tak duduk KL?”
Aku hanya mengangguk.
“Sebenarnya I tak mampu nak duduk KL sebab I tak mampu nak padamkan memori-memori I dengan Mikhail. Sebab tu kalau boleh I tak nak duduk KL.” Nur terhenti seketika. Wajahnya berubah, matanya mulai berair.
Aku memandang wajahnya. Syahdu aku melihatnya. Aku segera menariknya ke dalam rangkulan ke dua belah tanganku.
“Nur, memori yang lama jangan di ingat. I kan ada. I will not leave you. I will always be by your side. I promise you.” Aku memeluknya erat.
Nur mendongak, mencari sepasang anak mataku, “Thank you sayang. I love you.” Pelukan Nur bertambah erat.
“Aku merapatkan mukaku ke telinganya. Kemudian aku membisik perlahan, “I love you too Nur Hidayu.”



TAMAT