Saturday, 2 February 2013

Perang Tanpa Senjata

Perang tanpa senjata.
Menggunakan pena.
Mencoret setiap patah.
Membentuk satu kosa kata.
Menumbangkan ego,
memusnahkan lawan.

Hati-hati dengan coretan sendiri.
Kekadang ia mampu menikam diri.
Namun yang pasti coretan mampu
menjadi pertahanan yang utuh.
Membakar semangat dengan bait patah-patah.
Membentuk jati diri utuh
memerangi musuh.

Perang tanpa senjata.
Tak pernah lena.
Dalam dunia penuh modenisasi,
kebebasan mencurah ide, kritikan
dijadikan peluru.
Di laman-laman sosial tertera pelbagai coretan.
Makian, fitnah mahupun kata semangat.

Tulisan senjata yang terutuh.
Berdiri megah di satu pelusuk.
Kata-kata tajam menusuk.
Membuat diri terperosok.

Pena berserta kertas
dicatat segala prosa dan kata.
kepelbagaian diksi, metafora dan anafora.
Menambah rencah.
Menjadikan satu tulisan tersergam indah.

No comments:

Post a Comment