Saturday, 6 April 2013

MALAM


MALAM

Malam yang kelam,
Ku berjalan sendiri
Dalam gelap ku mencari-cari.
Mencari ke arah cahaya yang
Sayup-sayup samar menghilang.
Gelap gelita dunia malam.
Tetiba muncul cahaya,
Samar-samar dari balik awan.
Cahaya bulan nan satu.
Yang menemani diriku, menemani malamku.

SENYUMAN


SENYUMAN

Sayang, lihatlah ke arah bulan,
Nun jauh di sana.
Telah ku utuskan senyuman
Buatmu sayang.
Tataplah bulan yang sedang
Tersenyum.
Tersenyum umpama aku yang sedang
Mengutuskan senyuman padamu.

pieces of my heart, here and there...



so i need not to get mad, as he is playing some torment game,
now off me go, sit under the dark skies, let the rain pouring on me and wash my problems away.
i wont get mad nor be sad... as i will always put up a smiling face just for you... for when you are smiling, my heart will to.
so please smile, and i will smile too... cause oh darling your smile is so wonderful to me. your smile is so priceless to me...
my dear, i will wait for u forever... don't doubt that. never doubt that... as my love is for you... dear theo, i do love you...

DIA


D.I.A

Matanya memikat diriku ini,
Cukup cantik mempesona di mataku.
Rambutnya tersisir rapi di sisi.
Menambahkan kecantikan dirinya.
Bila dia tersenyum,
Senyumannya sungguh menawan membuatkan
Diriku tertawan.
Lesung pipit di pipi kanannya menaikkan
Lagi seri wajahnya
Membuatkan ku lagi jatuh hati.
Bilaku melihat wajahnya,
Terukir senyuman di bibirku.
Serna sesungguhnya dia cantik di mataku.
Dia amat sempurna untukku.

CORETAN


Malam ni aku duduk melepak di Tasik UTP,
Ku mengerling jam Casio di tangan.
Jam seseorang yang sangat ku saying.
Jam menunjukkan angka 2.33 pagi.
Arghhh. Bosannya.
LAntas ku capai dari beg sandang
Sebuah buku dan sebatang pena.
Lalu kucoretkan hati ini.
Aku bercerita mengenai cinta
Mengenai dunia
Mengenai DIA.
Gadis yang aku suka,
Gadis yang aku sayang.
Dalam diam aku tersenyum sendiri.
Dalam diam aku  coretkan lagi isi hati.

OH BULAN


OH BULAN

Oh Bulan,
Sampaikanlah senyumanku buat
Kekasihku yang sedang bersedih
Bermuram durja.
Oh Bulan,
Temanilah dia yang kala ini
Kesunyian tanpa aku di sisi.
Temanilah dia ibarat aku yang
Sedang menemaninya.
Oh Bulan,
Terangilah dia, ibarat aku
Yang sedang menerangi dirinya.
Bersamalah dia ibarat aku
Yang sedang bersamanya.
Oh Bulan,
Kepadamu kuluahkan segala,
Rasa, emosi dan jiwa.
Sampaikanlah pesanku buat dirinya.
Janganlah kau bersedih,
Aku sentiasa ada di sisimu bersama.
Takkan pernah ku tinggalkan dirimu,
Takkan pernah ku pergi dari sisimu.

Sunday, 10 March 2013

PERGINYA DIKAU

Perginya dikau atas tanggungjawab dan amanah,
lengkap beruniform atas ke bawah.
Perginya dikau dengan satu matlamat,
menegakkan kedaulatan negara.
Perginya dikau diiringan doa dan linangan air mata,
isteri, anak, ibu bapa, keluarga dan sahabat handai.
Perginya dikau ke sana diterima sanak saudara
dengan berat hati.
Namun kerana mengerti tugasmu,
mereka relakan kau pergi.
Kau kesana menyambut seruan ILAHI.
Cuba mencari keamanan satu misi.
Wahai perajurit bangsa,
pergilah dikau dengan bangga.
Pertahankanlah hak negara,
kedaulatan bangsa.
Andai gugur kelak, ingatlah doa seluruh jelata
dipanjatkan buatmu.
JAnganlah gentar, janganlah takut.
INSYAALLAH, pertolongan-NYA berada sentiasa disisimu...