Sunday, 10 March 2013

PERGINYA DIKAU

Perginya dikau atas tanggungjawab dan amanah,
lengkap beruniform atas ke bawah.
Perginya dikau dengan satu matlamat,
menegakkan kedaulatan negara.
Perginya dikau diiringan doa dan linangan air mata,
isteri, anak, ibu bapa, keluarga dan sahabat handai.
Perginya dikau ke sana diterima sanak saudara
dengan berat hati.
Namun kerana mengerti tugasmu,
mereka relakan kau pergi.
Kau kesana menyambut seruan ILAHI.
Cuba mencari keamanan satu misi.
Wahai perajurit bangsa,
pergilah dikau dengan bangga.
Pertahankanlah hak negara,
kedaulatan bangsa.
Andai gugur kelak, ingatlah doa seluruh jelata
dipanjatkan buatmu.
JAnganlah gentar, janganlah takut.
INSYAALLAH, pertolongan-NYA berada sentiasa disisimu...


No comments:

Post a Comment