Wednesday, 29 January 2014

CATATAN MARHAEN II (Suatu pengamatan)

CATATAN MARHAEN II (Suatu pengamatan)


Aku sedih kala melihat keratan akhbar bebaru ini. Betapa susahnya sesetengah golongan hingga mahu membayar yuran hanya menggunakan duit syiling. Aku bertambah sedih dan sebak melihat kegembiraan adik itu kala dapat ke kelas. Aku sebak kerna aku kira apa hak kita untuk menghalang seseorang itu untuk mendapat pendidikan. Betapa sedih dan pilu hatiku ini bila melihat atuk tua itu mengira duit syiling sejumlah RM60. Betapa pilu ati ini mendengar dan membaca kisah atuk dan cucunya. 


Persoalannya kenapa perkara ini perlu berlaku? Tidakkah ada mana-mana pihak yang mahu menghulurkan bantuan? Takkan kerna RM60 itu kita perlu melihat si cucu itu menangis teresak-esak kala anak-anak sebayanya bergembira di hari pertama persekolahan? Tidakkan sekolah itu mempunyai bantuan dana berupa zakat untuk anak kecil yang kurang berkemampuan? Dimanakah wakil rakyat kepada atuk dan cucunya? Mungkin kisah-kisah seperti ini agak terpinggir namun ianya tetap ada. Dan saban hari ramai lagi yang mempunyai nasib serupa cuma atuk dan cucunya bertuah kerna masih ada lagi insan yang sudi menonjolkan cerita mereka untuk mendapatkan respon pihak sepatutnya. Janganlah digadaikan nasib rakyat kerna hendak bermahligai jutaan ringgit. Janganlah digadaikan nasib rakyat kerna  hndak bertas tangan jutaan ringgit. Janganlah digadaikan hak rakyat demi tanah berhektar-hektar. Bantulah rakyat. Selamilah jiwa dan perasaan mereka. Usahlah dinaikkan harga barangan keperluan lagi. Usah dinaikkan lagi harga petrol. Turunkanlah ia. Turunkanlah semua harga barangan keperluan. Kasihanlah rakyat jelata yang rata-ratanya masih hidup susah

No comments:

Post a Comment